Monday, 5 December 2016

20 Ogos 2016; Pertunangan

♥Assalamualaikum♥


Hai!👋 lama Nad tak update kat sini kan.😡 maaflah. banyak benda betul kena settlekan dalam tahun ni. hehehe. sekarang Nad dah habis belajar dah. alhamdulillah. dan alhamdulillah jugak dah kerja. tapi kerja klinik biasa je kat kampung Nad. hehe. boleh la kan daripada takde.

 
okay!


bulan 8 haritu Alhamdulillah Nad dah selamat jadi tunangan orang.💍💐 macam tak sangka je. hihi. kira macam tak berapa nak rancang sangat. 2 bulan sebelum tarikh tunang. hahaha. macam tak sangka sangka je ye. alhamdulillah semua dipermudahkan. dipermudahkan sangat. Nad buat majlis kecik kecik je. jemput sedara dengan orang kampung je. pelamin pun takde. tapi iolss tetap cantik okay. hiks.😝


mula mula macam ye tak ye je ni nak tunang. hahaha. macam mimpi je rasa. eh, aku nak jadi tunang orang dah. takde la gelabah sangat. beberapa jam sebelum sarung cincin tu hmm perasaan dia lain macam. hihi. dup dap jugak la. nasib baik la iolss dah kenal lama dengan ibu tunang kita tu. hehe. so, takde la janggal sangat rasa.


maaflah kengkawan.🙏 Nad tak jemput sebab buat kecik je. nanti majlis InsyaAllah dijemput ye. hehe. doakan yang baik baik untuk kami. minta dipermudahkan segalanya. amin.


Nad nak cerita pasal bajet tapi tak ingat dah sebab tak sempat nak list kan. tapi alhamdulillah takdela sampai over. makan semua cukup. orang orang pun happy. hehehe. seribu lebih jugak kot habis. family fully support Nad sebab Nad baru je habis belajar. alhamdulillah dipermudahkan.


lagipun kitorang dah kenal lama. dari zaman sekolah menengah lagi.🙈 hehehe. mencabar sangat tau. alhamdulillah masih survive sampai ke saat ini. itulah kan doa seorang ibu untuk anaknya. 😊 di atas doa mereka tu kami boleh sampai ke tahap ini. hehe.


Nad takde apa sangat pun nak share. nanti ada masa lapang Nad share resepi pulak ke kan. hihihi. tukar selera pulak.😁


ni ada la sikit gambar masa Nad tunang hari tu. gambar official takde lagi. semua daripada fon je. hehehe


sedara belah encik tunang

mak abah ibu ayah 😍

Alisa Yasmin. dia sorang je kawan aku yang datang. 😃

siapa ni? 😛

dengan akak ipar kiterrrr

dengan sepupu yang paling rapat 😊


dah tengok kan gambar Nad. so, camne? simple je kan. okay la tu. tak membazir. hehehe.


kepada kawan kawan Nad yang akan mendirikan rumah tangga nanti, tahniah ye. 💕💐💍 semoga berkekalan hingga ke jannah. doakan kami pulak tau. semoga korang dapat baby comel cecepat. hihi 🙊


okaylah. nanti Nad update lagi.


terima kasih sudi membaca 😚


planning for better future. InsyaAllah 💑



Lots of Love, Cik Nanad ♥

Wednesday, 1 June 2016

Penghijrahan yang Indah

♥Assalamualaikum♥


hai ! alhamdulillah bertemu kembali kita. lama betul rasanya tak menaip kat sini. busy dengan praktikal apa semua. sekarang ni alhamdulillah semua dah selesai. tinggal FYP, final dan OSCE je. orang lain cuti, kita kat Palam ni bersengkang mata. hahaha. dugaan tahun akhir. hihi.


actually, tak tau nak cakap pasal apa pun. satgi mana idea terkeluar tu, kita teruskan jela. hahaha.


okayyyyyy !


pernah tahu apa itu hijrah? hijrah ialah perubahan diri ke arah lebih baik dengan niat semata mata kerana Allah. ini definisi aku la. mungkin berbeza bagi orang lain. okay, nak cerita la kan. ni semua kisah benar tau. bukan reka. pengalaman sendiri. hihi.


dulu, aku ni macam perempuan biasa. pakai tudung sedang molek jela. zaman muda muda dulu mungkin masih jahil lagi kan. tudung masih singkat, baju masih ketat, masih jarang. pernah ada niat nak labuhkan tudung tapi masih gagal time tu. zaman zaman tengah nak berfesyen bagai kan. hahaha.


aku pernah try semua fesyen tu. hahaha. takkan aku nak cerita pulakkan. hangpa tau sendiri jelakan. daripada shawl yang bermacam gaya aku try. tudung menimbun aku beli tp hat kecik kecik ja. belum ada kesedaran lagi time ni. budak budak lagi. hahaha, takde sapa yang nak tegur.


alhamdulillah, ada satu hamba Allah ni. pada masa ni, dia ni kesayangan aku. dia bagi nasihat macam macam. aku try dengar dan hadam nasihat dia. slow slow aku ubah. first, aku mula dgn handsock. gila la awkward je rasa sebab tak biasa kan. tapi aku tak kira. aku nak jugak try. kuatkan hati apa semua. then, aku try pakai stokin pulak. ada jugak la kekadang gatal tak pakai stokin. hahaha. takpe, dalam proses belajar lagi kan. next, aku try pakai tudung labuh. start dengan tudung bawal bidang 50'. hehehe. sekali dengan baju labuh labuh dah. tudung mana yang kecik kecik, aku pegi jual dengan kawan kawan. hihi. dari sini aku teruskan je pakai baju labuh, longgar apa semua. Alhamdulillah dipermudahkan je. hehehe.


mak abah sentiasa support aku. mak abah mana tak suka anak dia berubah ke arah macam tu kan. hehehe. alhamdulillah. sekarang ni kira dah jadi macam rutin dah. mesti akan rasa tak selesa if pakai pendek or ketat. seriusly, kau akan rasa lebih rela pakai besar besar. sebab kau bukan tahu apa orang pandang terhadap kita. kalau kau tahu, mesti kau akan takut. so, kena la pandai jaga diri.


point dia kat sini, kau kena istiqomah. kena selari dengan niat kau. berubah bukan sebab orang lain tapi sebab Allah dan diri sendiri. okay? pedulikan apa orang nak kata. kita nak dengar perintah Allah atau orang lain? mulut orang lain tu nanti dia dah penat bercakap, berhenti la tu. hahaha. biarkan je okay. jangan terkesan sangat. kena kuatkan hati. :)


bila kita dah sempurna dalam berpakaian, apabila kau pergi memana ke kan, kau akan rilek cool cool je. bagi aku kalau travel pegi memana dah rasa mudah dah. hihihi.


jom la sama sama kita sempurnakan pakaian kita ni. aku ni pun masih lagi banyak benda nak dipertingkatkan. banyak lagi kena ubah apa semua. hehehe.


dalam masa yang sama, tingkatkan jugak iman kita ni. solat jangan tinggal. InsyaAllah :)


Ramadhan dah semakin menghampiri kita. tak sabar rasanya. hehe


last but not least guys. doakan aku berjaya tamatkan pengajian aku ni haa. sikit je lagi. debor hakak. hahaha.


nanti aku tulis lagi ye bila ada masa lapang. :D


terima kasih sebab baca ^_^


p/s: eh, dah bulan 6 la. bulan kelahiran aku. hehehe. tak lama lagi aku dah nak cukup 23 dah. Allahu, dah semakin meningkat dah umur aku. moga aku lebih matang selari dengan umur aku. 



Lots of Love, Cik Nanad ♥


Wednesday, 13 January 2016

Semester 7 Almost Done

♥Assalamualaikum♥


hai hai ! :D alhamdulillah. segala exam dan OSCE dah berjaya kutempuhi. tinggal praktikal sebulan je ni haa. lepas tu precept pulak. adududu. kad punch card pun dah dapat dah siang tadi. eksaited sangat la CI ni bagi dulu mende alah tu. buat gementar kita kita je. haihhh rasa belum bersedia ni haa. em em.


tak tahu la kenapa OSCE kali ni aku rasa tenang sangat. tapi aku tak tau tenang ke apa masalahnya. aku bukan jenis study pastu duk ngapal segala mende tu. pesyen aku, aku dengar, bayangkan, dan try ingat sendiri. ikut la pesyen cemana aku nak buat nanti. hahaha. idok lerr nampak beriya benorr. aku boleh ingat sebab rumet aku duk ulang ulang kat kat aku. aku jenis suka dengar. baguihh la tu kan. aku bagi chance dia praktis dalam masa yang sama pun aku duk ingat apa yang dia kata kat aku. serap sikit sikit dalam otak. huhuhu. terima kasih rumet sebab rajin nak praktis dgn aku bab pelajaran ni. sem ni aku rasa sangat berilmu pengetahuan sikit sebab influence dia ni em em kau kalau kau tengok dia study mesti tak senang duduk punya. jenis dia ni senang ingat pelajaran. bagus la. apa apa yang aku tak faham, aku rujuk dia. dalam masa yang sama aku pun exchange la apa apa yang aku tahu. hehehe.


haaa cerita pasal OSCE semalam ni haa. alhamdulillah kat stesen pen & paper aku dapat full marks. aku tak sangka pun sebenarnya. sebab soalan dia giler kentang aa susahnya. susah jugak nak faham kalau kau baca sekali. kau kena baca berkali kali, siap conteng conteng baru kau boleh start jawab. itu pun aku last minit jawab sebab idea baru sampai time tu. gelabah weyh. kang tak memasal hilang 20 markah aku. pheww. itulah kata Allah bantu saat saat akhir. syukur alhamdulillah aku jawab juga even time tu aku tak yakin pun dengan jawapan aku. entah merepek apa entah aku. main jawab ikut dan je. hahaha. formula tu aku formulate sendiri, kahkahkah. tak tak ini bohong. aku ikut logik la. dan ada je formula dia sendiri tapi kau kena pandai guna dan yang penting kau kena tahu function setiap formula tu. ahh aku bantai je tadi. peduli apa. asal aku jawab dan nampak penuh. hahaha. masa time feedback from examiner tetiba aku terkejut nama aku disebut sebab aku score stesen tu. terbeliak mata aku. aku siap cakap dengan kawan aku, 'bukan aku la tu". last last nama aku disebut. perghhh. gelak aje aku sebab tak sangka. terima kasih Allah bagi aku peluang merasa semua ni. sem 7 ni baru dapat merasa. alhamdulillah :)


sem 8 nanti OSCE ada 10 stesen pulak. matilanak! examiner dia semua sister dan matron. ini gilerr weyh. kau kena betul betul perform. tak boleh main main. serius. tapi actually OSCE ni okay je if kita selalu buat procedure tu ikut apa yang kita belajar tanpa shortcut. tapi itulah. takut masa precept nanti ajarannya pelbagai. em em back to apa yang kita belajar la. buat betul betul. jangan ikut benda yang salah. deborr jugak ni. phewww.


sebelum start praktikal Isnin depan ni, haa ada la sikit masa aku kat sini. ada 5 hari aku free. dan sila ucap tahniah kat Nadzira sebab dia tak balik kampung cuti lama ni. hahaha. memang idok lerr. aku baru je balik Sabtu hari tu. so, kita enjoy dan luangkan masa dengan geng jemah aku ni haa. bukan selalu dapat bersama sama. eh eh rindu pulak dengan geng jemah aku yang lagi 5 ketul tu. hihihi. nanti kita jalan jalan kayuh basikal pepetang ye. pegi pasar malam sesama. ber'runningman' sesama. semua sesama la >_<


18hb start praktikal dah. alhamdulillah aku dapat Hospital Ampang untuk sebulan ni nanti. 2 minggu pertama aku ditempatkan kat wad surgikal. minggu pertama syif pagi, minggu kedua syif petang. haa okay la tu. asalkan aku tak praktikal kat fakulti perubatan tu. ada kena 'bunuh' je dengan complaint yang pelbagai. em em. minggu ketiga dan keempat aku ditempatkan kat wad medikal pulak. syif pagi dedua minggu tu. pheww, nasib dengan group lama jugak. senang la sikit nak bekerja sebab tahu dah perangai memasing kan. dah biasa dengan semuanya. harap semua berjalan dengan lancar. InsyaAllah.


haa, aku ada berita gembira. kawan kelas aku nak nikah dah 6/2 ni nanti. tahniah Nazleen Wani dengan pasangannya. aku memang tak pegi la sebab jauh nun kat ganu tu haa. lagipun aku rancang nak balik kampung time tu sebab cuti raya cina. hehehe. kalau tak jadi, mereput kat palam ni jela. takde masalah. hahaha. 


Barakallah wani ♥♥♥


cerita pasal kawin ni kan, bukan senang actually nak plan. dah ada jodoh yang sesuai, cecepat la merancang. benda ni bukan benda mudah tau. pening juga nak fikir dengan ekonomi sekarang ni. em em. takpe. usaha tu penting. niat tu lagi la penting haa. macam mana pun nak buat ikut kemampuan memasing. hm, kalau aku nak buat sesimple je actually. tapi tula kena hormat keputusan family juga kan. takpe, masih ada masa lagi. tunggu aku kerja dulu. aku kumpul duit nak tolong sikit sikit, nak ringankan beban bakal suami. InsyaAllah dipermudahkan. hee.


ada apa apa nanti aku update sini je. rilek rilek dulu. >_<


sebenarnya bila fikir balik. fuyooo tahun ni aku habis belajar dah. bakal bekerja jugak tahun ni insyaAllah. I can't believe it. dah tua sangat dah aku ni rupanya. berakhir juga perjuangan aku selama 5 tahun menuntut ilmu kat universiti ni. hihihi. palam ni membangun depan mata aku je. daripada tak banyak bangunan, sekarang ni tup tup dah banyak gilerr bangunan untuk fakulti fakulti lain. palam dah semakin membesar. sayangnya nak tinggalkan palam ni. em em.


kemain ek Nadzira. pepagi buta ni idea kau nak menaip smooth je kan. hahaha. taip je haa tanpa henti. idea nak taip sentiasa ada je. baguih baguih. hahaha. orang lain duk lena tidur aku duk celik mata lagi menaip entri ni dalam gelap. yela gelap. rumet aku dah tidur dah time ni. hahaha.


9hb hari tu. dia pegi jenjalan Penang. tinggal aku kat palam ni. how dare you, huh! hahaha. memang idok ler aku nak ikut sebab dia pegi dengan kekawan dia. pastu aku ada paper last pulak time tu. takpe takpe. kasi can aa kan. nanti kawin tak dapat dah nak jenjalan dengan kawan. kalau nak pegi jugak, aku wajib ikut. yela, teman suami. hahaha. okay dah Nadzira please stop berangan tu. lambat lagi >_<


aku tahu dah pattern dia cemana. kalau dengan kekawan memang idok lerr dia nak tengok fon. haa nasib aku faham. nasib aku pernah ada pengalaman macam tu. idok ler aku meroyan. hahaha. haihh dah 23 pun nak meroyan ke. apa barang weyh. matang sikit please Nadzira. hihihi. kali ni aku behave. takde sikit pun kacau dia. walaupun kau ada rasa sebenarnya nak mesej tanya itu ini. tapi malas la. dia tahu apa yang dia patut buat. aku percaya je. hehehe. actually trust tu penting. kau kena percaya dia even kau pun sebenarnya ada terfikir jugak memacam. hahaha. camni la. kau tahu dia sayang kau, dia cuma ada kau je dalam hati dia. cukup la tu. kalau dia sayang kau, mesti dia jaga semuanya. :) so no such thing kau nak meroyan pepelik. alaa kalau setakat cakap rindu tu bukan meroyan. hahaha. lagipun memasing ada life sendiri. kena faham. faham segalanya kalau boleh. elakkan misunderstanding. haa cenggituuu tipss hakak! hahaha


tapi tula aku dengan dia ni, rasa bertolak ansur sangat. kadang kadang ada rasa nak marah. tapi tak boleh nak marah. kau akan rasa sejuk sendiri. pelik juga aku. eh eh kenapa ni. >_< nak merajuk pun boleh tak jadi merajuk. sebab kau rendahkan ego kau kot Nadzira. bagus la. hehehe.


terima kasih la awak sebab buat saya ni macam sado sikit hatinya. tak mudah nangis dah aku ni. hehehe. perangai cengeng aku hilang dah. good job Nadzira !


dia tu pun sumber semangat aku dalam study ni. jadi rajin aku nak buat kerja, nak study apa semua. happy je aku. hihihi. ada apa apa aku bantai je cerita kat dia even benda tu benda simple je aku tetap akan bagitahu. tu yang aku happy je sebab aku tak simpan apa apa. yeahh ! >_<


dah dah. cukup panjang dah rasanya. penat pulak baca ni nanti. hahaha. maaf la ye. sesekali update, gini la panjangnya. pepagi buta ni idea memang banyak je nak menaipnya. pheww dah nak pukul 4 pagi dah pun dan seketul Nadzira still mengadap lappy. hahaha. takpela esok bukan ada buat apa pun. duduk bilik je menghabiskan masa tengok cerita apa apa yang ada dalam lappy ni. kita kasi habis. hahaha.


okay, last ni last. aku taip sampai kat sini dulu. terima kasih sebab baca habis cerita aku yang tak berapa nak best ni. hahaha.


syukran jazilan !♥♥♥


awak jaga saya baik baik, saya jaga awak baik baik. moga dipermudahkan urusan kita ke peringkat seterusnya. Amin :)



Lots of Love, Cik Nanad ♥

Friday, 1 January 2016

Perancangan 2016

♥Assalamualaikum♥


hai korang ! pheww. lamanya tak menaip kat sini. kahkah. maaf ye. sibuk praktikal, sibuk nak final exam lagi ni haa. doakan aku. sem 7 bakal berakhir. sem 8 bakal menjelma. Allahu takut juga. macam macam dah fikir ni haa. macam mana aku precep nanti. boleh ke aku lalui? aku ni dah la dalam mulut serupa ada emas. hahaha. susah nak bercakap. em em. kena ubah ni. boleh jadikan azam tahun baru. hee.


alhamdulillah. dah masuk 2016. tahun baru. tetiba rasa tua. kahkah. umur pun da semakin meningkat. bukan muda lagi cik kak oii. hahaha. actually banyak dah yang dirancang alhamdulillah. tapi belum tahu bila boleh start serius dengan perancangan tu. alaa apa salah rancang awal awal kan?


mesti tak tau kan apa dia? hahaha. kejap aaa. nak bgtau la ni nanti. hihihi.


sebelum tu, tahun 2016 ni aku bakal menamatkan pengajian degree aku haa. 4 tahun dah. alhamdulillah masih selamat dan berada di landasan yang benar. kihkihkih. next plan, ofcoz cari kerja. yeay! start cari swasta dulu. nak cari pengalaman. dalam masa yang sama, aku akan mohon juga untuk government. mak abah nak aku kerja dengan government. senang katanya nanti. takpe takpe. aku usaha kan sehabis baik. insyaAllah. dah ada pilihan dah aku nak kerja kat mana. first, IJN sebab basic dia agak besar juga la. em em. boleh la aku kumpul banyak sikit untuk majlis aku. eh eh? hahaha. second, DEMC sebab aku rasa tempat tu macam kondusif je. lagipun dekat shah alam. akak ipar aku pun selalu pegi DEMC tu haa kalau sakit ke apa. dekat dgn rumah akak juga. mungkin sewa rumah pun takde la mahal sangat macam kat KL. pilihan terakhir em em kat mana mana jela. aku cuma fokus yang dua tu je dulu. dalam masa yang sama aku tunggu panggilan SPA. yeahhh ! moga dipermudahkan. hee.


haa lupa pulak. hahaha. lepas aku habis belajar ada orang tu suruh aku ambil lesen dulu. senang katanya nanti nak pergi kerja. risau juga kalau aku ulang alik naik public transport. baiklah, akan aku usahakan juga perihal ni. hee. lesen ni satu kepentingan juga actually. aku je yang rasa benda tu tak penting. tak excited nak ambil lesen entah kenapa entah. belum masanya lagi kot. hahaha.


yeah. ini part yang ditunggu tunggu. hahaha. tak sabar la tu. rilek rilek. nak cerita la ni.


masa depan aku dengan orang tersayang telah pun dirancang awal. yela kan. nak bajet itu ini. sekarang barang-2 pun bukannya murah. em em. nak jimat semua kena DIY sendiri. tu antara sempat tak sempat la kan. aku pun insyaAllah kerja nanti. tak tau nak cekau mana masa. tapi insyaAllah boleh je. pasti dipermudahkan niat yang baik ni kan. yang penting aku dah start bincang itu ini. survey itu ini. dan alhamdulillah sambutan daripada keluarga aku sangat menggembirakan. aku tak sangka aku boleh dah berbincang hal ni dengan family. dulu ketaq lutut weyhhh. hahahaha. dari semasa ke semasa kami akan update benda ni. kerja nanti aku wajib start kumpul duit juga. tak boleh nak senang senang sangat. nak senang lepas nikah nanti. eh eh? hahaha.


kereta? macam tak berapa perlu sangat kot masa mula mula kerja. takpe la. pinjam kereta abah je dulu. haa jimat kat situ. nanti da stabil apa semua, boleh la beli kereta idaman aku. yeahhh! HONDA JAZZ pilihan di hati. hihihi. takpe takpe kumpul duit dulu.


setakat ni tu jela dulu. aku nak study. esok ada paper leadership. kang menganga takleh jawab. hahaha. wish me luck. paper first di hari sabtu. em em. insyaAllah aku boleh jawab *positif* hee.


mood rindu. awak jaga diri baik baik okay. have fun 9/1 nanti. bawak balik ole ole please. hahaha.


done. thank you!


Lots of Love, Cik Nanad ♥

Monday, 16 November 2015

15 Tips Jimatkan Bajet Perkahwinan

♥Assalamualaikum♥

Ada 15 Cara untuk jimatkan kos perbelanjaan perkahwinan yang dikongsikan oleh Pakar Diari Hati kepada semua bakal pengantin dan yang merancang mendirikan rumah tangga. Pakar diari hati kongsikan panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda, meriah tapi kos rendah.

1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.

2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali silaturahmi bersama jiran anda. Tetapi, sekarang ini sudah banyak pameran perkahwinan dan katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan, rajin-rajinlah buat survey beberapa bulan atau tahun sebelum melangsungkan majlis anda.

3. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir. Tetapi tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda telah memilih tarikh pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli barang-barang perkahwinan lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.

4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar lebih indah dan kosnya juga tinggi. Tapi tak salah jika anda gunakan bunga tiruan tetapi gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga tiruan, anda dapat terus gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.

5. Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan.

6. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Maknanya selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.

7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah. Kebiasaanya hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar cantik sahaja.

8. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada satu hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah ( saudara mara dan rakan terdekat sahaja ).

9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos, anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.

10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang boleh memainkan CD lagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan murah

11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG. Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD KREDIT.

12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan. Pastinya kos lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di kedai. Hantaran yang dijual di kedai biasanya berharga RM80 ke atas untuk satu bekas hantaran sahaja. Jika anda ada 7 hantaran, sudah berapa pula?

13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering, pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan atau saudara mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang bernas dan tahu mana perkhidmatan yang murah dan bagus.

14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan yang menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan? Honeymoon free lagi!

15. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet perkahwinan anda jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’.

Semoga ini membantu, untuk perhatian bakal pengantin.


Credit: Facebook Pakar Diari Hati
terima kasih :)

InsyaAllah. dah start merancang. semoga Allah permudahkan segala jalan. hee.

Lots of Love, Cik Nanad ♥

Monday, 12 October 2015

Green Tea

♥Assalamualaikum♥


hai engkorang semua ! lamanya aku tak menulis kan. biasalah dah tahun akhir ni. dengan FYP nya lagi. phew! sampai tak sempat nak fikir nak update apa. busy sangat la tu. hahaha. sem ni aku ada la kesedaran sikit haa. rajin nak study. wuuu, tu pun sebab ada orang yang dorong kita, bagi semangat semua. hee. terima kasih awak sebab buat saya ni rajin. rajin bangun awal, rajin study, rajin buat kerja. hm hm. :D


okay okay. nak start dah ni,


aku sekarang ni nak start minum green tea. nak tahu sebab apa? sebab aku nak kuruskan badan aku. sambil sambil tu nak tingkatkan metabolisme badan aku ni haa supaya makanan yang aku makan tu cepat terhadam. haa cenggitu. haha. aku bukan apa. aku ni kan belajar nursing. berat badan kena la jaga kan. biasalah mentaliti orang kat luar sana tu. nurse should be kurus kurus. kalau tak macam mana nak jadi role model kan. lagipun, nak apply kerja nanti pun dia pentingkan BMI. that's why la aku berusaha la jugak nak turunkan berat badan sikit. bagi BMI aku ni ideal sikit. wuuu. hahaha. tapi tapi tapi ada orang tak kasi kita kurus sangat. >,< hehehe. 


meh la nak aku nak cerita sedikit kebaikan minum green tea ni haa. mohler kita :D


kenapa perlu amalkan green tea? 

1. untuk buang segala toxin yang ada dalam badan kita. bila toxin kurang, jerawat pun tiada. makan kulit pun licin. tapi kalau aku malas, (means malas nak minum green tea, maka belambak la jerawat2 halus yang tak diundang).

2. dapat menurunkan berat badan. kalau ikut kata kevin zahri kalau kita amalkan green tea senang nak kurus sebabnya green tea mampu mempercepatkan pembakaran kalori dan untuk pengetahuan kalori untuk green tea 0 okay. 0kcal. hihi.



3. dapat mengelakkan kita daripada terkena penyakit hati dan stroke dengan cara merendahkan kadar kolestrol dalam badan kita. 

4. green tea juga mampu kasi kulit kita kekal anjal sebab kandungan antioxidant dalam green tea tuh sendiri tinggi dan green tea jugak mampu hindarkan kita daripada menghidap cancer. sebab antioxidant dia tinggi, so dia mampu protect segala cell dalam badan kita.


sekarang ni aku nak share tips pulak haa. baca ye kat bawah ni:


tips untuk korang amalkan berkenaan teh hijau

1. Teh hijau yang original ke berperisa?
- Pilih yang original, senang. Sebab takut yang ada flavor tu ada gula tersembunyi dan artificial sweeteners. 

2. Jenama green tea mana yang sesuai?
- Pilih je mana-mana jenama yang halal, tidak berperisa dan tidak ada perwarna tambahan. Yang penting original green tea. Aku recommend teh hijau boh. 

3. Macam mana nak minum
-Aku dah terangkan sebelum ni. Simple je, tuangkan air panas baru mendidih dalam cawan yang ada uncang teh, JANGAN LETAK GULA, biarkan suam, then minum.  JANGAN LETAK AIS. Minum time dia tengah suam, bukan sejuk. 

4. Teh hijau ni can go bad ke? I mean, merbahaya ke..rosak ke?
- Senang citer, the fresher, the better! kalau guna uncang teh, pastikan minum sume uncang teh yang korang dah buka dalam kotak tu dalam masa 6 bulan. Kalau tak, nanti it will lose some of its antioxidant powers.


haaa, sekarang ni pulak aku nak cerita macam mana green tea boleh bantu kita jadi kurus. hehe :D


bagaimana teh hijau bantu untuk jadi kurus

1. Teh hijau mengandungi bioactive substances seperti kafein dan EGCG yang membantu meningkatkan kadar metabolisme. 

2. Terdapat beberapa kajian menyatakan teh hijau boleh meningkatkan pembakaran lemak. Kesannya lebih baik semasa melakukan senaman. 

3.The substances in green tea increase levels of hormones that tell fat cells to break down fat.

selamat mencuba everybody :)



so, aku haraplah menjadi sangat benda ni. hilang sikit berat badan ni pun dah cukup. hehe. ni harapan aku la. wish me luck! moga aku istiqomah amalkan minum green tea ni. :D


Chaiyokk Bae!

hey awak! saya rindu awak! ♥

Lots of Love, Cik Nanad ♥

Friday, 11 September 2015

Entri Panjang Sila Sediakan Air

♥Assalamualaikum♥

Hai! hmm, rasa lama tak menaip, tak mengeluarkan idea, tak mencurahkan rasa hati kat sini. :') rindunya kat blog aku ni haa. selalu je bukak tapi tak update apa apa. kalau bukak pun, just edit je. so, kali ni nak biasakan mengupdatekn blog since internet pun okay dan laju. takde masalah. yeay! :D


5/9/2015
Alhamdulillah, aku memang dah selamat tiba kat Shah Alam dah. Dari 4hb lagi aku dah ada kat rumah abang. nak buat cemana. abah ada hal penting. terpaksa hantar awal kat rumah abang. kalau tak memang abah dan mak yang hantar aku masa nak daftar kolej nanti. takpe la. asalkan ada abang yang tolong hantarkan nanti.

sepatutnya hari ni aku pegi jenjalan dgn family abang aku tapi anak sedara aku tetiba pulak demam panas. pada mulanya akak ajak pergi KUD (Karnival Usahawan Desa) kat Putrajaya dan nak jenjalan la kan sekitar Subang tapi anak sedara tu macam tak larat sangat je. melepek letih je. mana taknya, siap diarrhea lagi. hmm. kesian dia. so, tengahari tu kami pergi la ke DEMC (Darul Ehsan Medical Centre) nak pergi check up anak sedara tu kan. perghhh, dia punya suhu badan mencecah 39'C. panas giler tu woiii. boleh kena sawan tau kalau budak kecik. Ya Allah, risaunyaaku. aku pun tunggu la dia kt DEMC tu haa. lama la jugak sebab ramai orang. hmm, mereput duduk situ. haha. nasib baik ramai baby comel kat situ. aku pun dok perati je baby baby kat situ. nak memain kang pelik pulak orang tengok. anak orang :'D

dah siap check tu, kami balik rumah. tapi yang pelik kenapa doktor tak admit kan dia ke wad. hmm, doktor ni biar betul. budak tu dah diarrhea banyak kali kot. patutnya, masuk la air kat zon kuning tu dulu ke kan. haihh, aku yang nurse ni pun tahu. geleng kepala aku ni haa. ada jugak doktor yang macam tu. hmm. dia cuma bagi ubat antibiotik, ubat demam. tu jela rasanya.

last last akak aku call doktor pakar kat situ mintak pendapat. hmm. memang kena habis laa doktor tu. kerja macam bukan professional. pastu doktor pakar tu suruh datang malam pulak sebab dia on call malam tu. jadinya, kami pun hanya berehat kat rumah jela petang tu. tak kemana pun.

dalam pukul 8 malam camtu, kami keluar pergi makan kat area Puchong. ehem ehem. Puchong? hee. :D aku makan kat medan selera yang kat uptown Puchong tu. aku tak ingat la Puchong mana. Puchong ni banyak sangat Puchong :'D tapi malam tu aku makan pun tak seberapa sangat sebab anak sedara tu sakit perut sangat sampai muntah. aku pun makan dengan gelabahnya. yela, teruk sangat la tu kalau sampai macam tu. hmm, last last aku bungkus je lagi separuh yang aku tak habis tu.

lepas makan tu kami direct terus pergi Shah Alam. jenjalan jap kat Shah Alam tu sebelum pergi DEMC. akak aku kesian kat aku sebab tak bawak aku berjalan. Allahu. takpe la kalau tak berjalan pun. okay je sebenarnya. :)

dalam pukul 11 mcm tu akak pun register kat DEMC tu nak jumpa doktor pakar tu. lama jugak aku tunggu. nombor dah naik, akak, abang, dgn anak sedara tu masuk dalam bilik doktor. lama jugak la diorang kat dalam tu. hmm, rupanya kena masuk air kat yellow zon kecemasan. maknanya teruk sangat la tu. sayu hati aku. aku tengok kejap je sebab tak sampai hati. pastu abang hantar aku balik rumah sebab takkan la aku nak menginap kat situ pulak kan. sebab lepas masuk air tu, kena admit wad terus. tu yang abang hantar aku balik dan aku tidur sengsorang. nasib aku berani la jugak. ada orang teman dari jauh ecececeyyyy. haha.

aku kena la tido malam tu sebab esoknya aku kena daftar kolej. kena bangun pepagi. hmm.


6/9/2015
pukul 6.30 pagi aku tersedar. bingkas aku bangun sebab aku rasa macam dah terlewat. haha. yela, daftar kolej start pukul 8 pagi. haha. tapi nasib baik abang aku sampai rumah dan dan aku siap bersiap. phewwww nasib baik. :D

aku pun angkat la barang barang aku semua tu haa masuk dalam kereta. berlambak. macam nak pindah rumah. makanya aku pun gerak la ke Puncak Alam. Alhamdulillah, smooth je perjalanan. tapi aku rasa awkward sebab first time abang aku tolong hantar aku ni haa. malu la jugak. tapi takpela. okay je.

sesampai je kat Puncak Alam, aku call si Tirah tanya dia dah sampai ke belum. ohh dia dah sampai dah. lepak kat surau. kesian diorang tak dapat kolej. yang nak jadi rumet aku tu pulak hmm datang lambat. takpe aku dah biasa. haha. sabar jela aku. sambil tunggu tu, aku pun sarapan dengan abang aku kat cafe. awkward nya. haha. dalam pukul 9 lebih tu dia sampai. kami pun terus daftar kolej. alhamdulillah, masih ada kolej, dapat bilik sama dan dapat kolej yang dekat dgn tangga. :D kau bayangkan mana la aku tak cuak bila JPK kata kolej tak cukup even untuk budak yang dah lulus kolej. yang lulus kolej 500, kolej kosong cuma ada 400. hmm berderau darah aku. terus palpitation. kahkah. macam orang baru lepas marathon :P Alhamdulillah la Allah permudahkan segalanya.

aku pun punggah la barang dari kereta untuk bawak naik bilik. nasib baik ade troli. kalau tak, boleh patah riuk badan angkat barang banyak gitu. hahaha. Alhamdulillah proses angkat barang pun smooth je. sampai bilik aku kemas kemas baju la terus kan. kemas bilik semua. semasa aku kemas kemas tu kawan kawan ajak pi makan. okay aku pun turun sama. tapi aku tak makan pun. beli air je. tak lalu makan die punya penat tu kan. haha. pastu naik bilik, sambung kemas. :D

yeay! kawan aku dua orang tumpang bilik aku. rasa seronok pulak. sebab ramai. boleh la sembang sembang kan. takdela sunyi bebeno bilik. diorang tumpang sampai kolej kosong tengah bulan 10 ni nanti. tapi aku tak kesah pun diorang nak tumpang lama mana pun sebab aku rasa seronok :D

maka bermulalah life aku sebagai student nursing semester 7. super senior kot. tapi aku rasa macam aku masih baru je lagi kat sini. ececeyh, nak kata masih muda la tu. ingat, dah 22 dah. boleh kawin dah. opsss. hehe. malam ni kena tidur awal. esok kelas pagi. hmm. before tidur, ada orang teman cakap. yeay! baru lena tidur. hihi.


7/9/2015
first kelas subjek ICU. actually subjek ni under Pn. Rashidah. tapi Pn. Rashidah on leave sebab tangan dia sakit. so, Pn. Sha yang ganti untuk sementara waktu. aku okay je kalau Pn. Sha ajar. dengar dengar Pn. Rashidah tu garang sikit. takutt ittewwwwww cemana ni nanti. huuuu.

kelas pukul 10.30 pagi. pukul 11 lebih dah balik. yeay! balik awal sebab puan just explain pasal course outline je. alhamdulillah. lepas kelas tu kami sekelas pun cari classrep semua macam biasa la kan. pheww nasib baik nama aku tak naik. haha. kawan aku yang kena. sabar ye Laily. jadi classrep subjek ICU. insyaAllah u can do it. hee.

petang tu aku rasa aku tak buat apa apa pun. rehat je kat bilik. malam tu pun aku rasa, aku tak berapa ingat aku buat apa. haha. macam dah tua bebeno rasa. yela, kena fikir tu, kena fikir ni. fyp lagi. tapi aku rasa malam tu aku dgn group fyp aku mencari tajuk yang sesuai untuk fyp (final year project) kitorang. kau ingat senang? susah beb. fikir tajuk pun sampai pening, nak buat apetah lagi. haha. Allahu. InsyaAllah semoga semua dipermudahkan. Amin.

malam tu aku kena tidur awal sebab esoknya kelas 8.30 pagi. macam biasa la kan. ada orang teman kita sampai tido. yeay! hihi.


8/9/2015
kelas pukul 8.30pagi beb. kelas Leadership under Dr. Rasidah. Dr ni sangat okay. tapi tula kelas dia paling lama. 4 jam straight. amekau! entah boleh hadam ke tak ilmu tu. haha. mudah mudahan semua masuk dalam otak terus tak keluar keluar. haha.

pepagi tu dah kena buat group untuk pilih tajuk event kitorang nanti. setengah jam jugak Dr. bagi masa. pilih tajuk sekejap je. yang lama, bersembang. haha. alaa takpe asalkan dah ada tajuk okay la kan. dalam pukul 10.15pg Dr. pun masuk balik kelas. then, kitorang start la cakap tajuk tajuk kitorang. last last pilih tajuk organ donation. okay la tu tajuknya. nak bagi kesedaran sikit kat orang ramai kan. hehe.

after bincang tajuk tu, dia terangkan pasal course outline semua la kan. then, proceed terus belajar. hmm. belajar pasal theory management. pheww. sampai mengantuk aku. tu pun tahan je mata. sikit sikit minum air sebab nak bagi hilang mengantuk. hmm. ingatkan habis 12.30. rupanya extend sampai 1.30ptg. kitorang pun dah macam ape je dlm kelas. dengan laparnya, dengan mengantuknya. kahkah. teruskan jela. tahan je.

habis kelas je terus pi lunch kat cafe PSB. tapi malangnya lauk aku amek tu hmm tidak seindah rupa ye. nasib baik tak sakit perut aku makan. alhamdulillah. ingatkan petang tu nak jumpa supervisor untuk fyp aku ni  haa. tapi supervisor ada hal suruh datang esok pulak. eh rabu? Allahu. kenapa Rabu? mana ada kelas beb. hmm tapi takpela. demi fyp aku sanggupkan turun jugak esok. haha. makanya kami pun naik terus bilik. yeay! boleh rehat. hihi.

malam tu aku tak ingat aku buat apa ye. haha. banyak sangat nak kena fikir sejak akhir akhir ni. haha. mungkin cari bahan lagi untuk fyp :D lepas tu tido. ehem ehem. ada orang teman lagi. hihi :)


9/9/2015
yeay! Rabu. takde kelas sepatutnya. tapi tula petang nanti ada appointment dgn supervisor. semua orang lain bersenang lenang, golek golek atas katil. kami kena turun petang tu. huwaaaa T_T takpe takpe weRedha. haha.

kemain pergi jumpa supervisor je pun siap berbaju korporat lagi. sebab takut kena marah dengan lecturer nursing. haha. pakai jela kan. okay la tu. :D

sebelum turun tu lunch kejap kat cafe. lapar kot. pagi tu makan ape je. haha. berkeroncong lagu ape pun tak tahu lah. haha. sabar perut. akan aku isi dgn makanan yang enak enak. haha. enak sangat ye :P pukul 2.15 siap makan terus bergegas turun. mana taknya pukul 2.30 appointment. haha.

lagi seminit pukul 2.30 kami sampai bilik Pn. Norimah. nasib baik sempat. phewww. letih letih. haha. then, kitorang pun terus berbincang. alhamdulillah tajuk kami approved. senyum lebar kami. :D

petang tu aku, tirah, mokcikk pergi pasar malam. turun bawah balik sebab nak naik bas percuma nak ke pasar malam tu. hehe. aku pergi bukan  nak beli apa sangat pun. nak pergi Speedmart je nak beli makanan keperluan seharian. maggi, oat, milo. tu je. haha. kat pasar malam aku cuma beli kuew tiaw goreng je. hebat bukan sebab aku tak belanja banyak. haha.

malam tu pulak kami mencari sikit artikel untuk tajuk fyp kami. pening jugak nak mencari. nampak dah tu peningnya cemana tu nanti. kahkahkah.

setelah penat mencari artikel, tidur tidur tidur. yeay! :D tak sabar sebab ada orang teman. hihi.


10/9/2015
khamis! ade kelas pukul 8.30pg. kelas ICU. pagi tu aku rajin la makan oat kan. sbb jeles ade orang tu makan oat jugak kan. hehe. kelas start on time. proses pengajaran pun berjalan seperti biasa. kelas 3 jam straight. hmm, macam biasa la. agak mengantuk. dengar, dengar puan tu cakap. tulis pun, tulis jugak. tapi tetap mengantuk. banyaknya setan bergayut kat mata. haha. tapi ada jugak aku terlelap sekejap. kahkahkah. entah berapa saat je. :P

pukul 11 lebih habis kelas. yeay! hari ni kami pergi SCM (Setia City Mall). saja nak jenjalan sebab dah lama tak jenjalan sesama. ngee :D tapi sebelum pergi scm tu singgah giant jap kat klang sentral teman Laily beli barang. sesudah tu, kami gerak pergi SCM pulak. setibanya kat scm, kitorang terus pergi makan Subway. sedapnya. lama tak makan. hehe. aku amek BMT. sedap sedap. tapi chicken terriyaki pun sedap jgk. heee.

habis makan, kitorang pi solat jap pastu Laily, Tirah, Mokcik gi tengok wayang citer Maze Runner 2. aku, Shud, Wanie g jenjalan je. haha.

yang peliknya kali ni aku tak membeli sangat. haha. tapi kan ada satu kedai tu memang buat aku terpukau la. nama kedai tu Kaison. ya Allah, barang die cecomel. kena dengan cita rasa aku. hmm. bebear comel. bebear besar pun ada. rasa tak nak keluar je dari kedai tu. haha. tapi kena jugak keluar. tapi kat situ aku cuma beli buku kecik je harga RM1.50. okay la tu daripada takde. haha.

then, proceed pegi watson. yeay! tempat favourite aku. haha. tapi aku tak beli banyak pun kat watson. heyy entah kenapa aku ni hmm. selalu banyak je aku beli. haha. mungkin dah ada kesedaran dan ada orang pesan suruh jimat. dia kata beli yg keperluan je. yang kehendak tak payah. okay okay. haha.

tapi.... tapi..... tapi... aku dah terbeli beg kat Bonita. kahkahkah. insecure betul aku tengok beg tu. comel sangat. hihi. so, aku pun beli tanpa toleh kiri dan kanan. haha. tapi tirah marah aku beli barang barang camni sebab aku ada banyak dah. haha. tapi takpe la. sebab aku suka beg tu. ngeee ^^

sambung jalan lagi ye. tapi aku dah letih. aku ikut je diorang jalan. last last aku duduk kat kerusi depan kedai roti Lavender. sambil sambil duduk tu aku terserempak dengan Piqa Azman. waaa, eksaitednya aku. hihi. dah lama kot tak jumpa. sempat lagi amek gambar. hee. see you next time Piqa! :D



lepas tu ke padang SCM la kita. lepak situ kejap, amek angin. duduk duduk tak lama tu maghrib. kami naik solat dulu. pastu terus turun tunggu bas. nak tau bas sampai pukul berapa? pukul 9.15malam ye anak anak. Allahu, berjanggut tunggu. naik petak punggung sebab duduk lama. haha. sampai sampai je bas semua kerumun nak naik bas. woii adab la sikit. ni main tolak tolak pulak. blerghhh -_- semua orang masuk kot. sabar sabar. haihh kat dalam bas pulak kena berdiri. hmm dah biasa dah ye. dengan bisingnya lagi. aduhai rasa macam nak sound je depa ni -_- si Tirah ni pulak dah sakit sakit kepala. nak muntah. aku dok tanya tanya dia okay ke tak. finally sampai jugak kolej. Alhamdulillah.

setibanya kat bilik, letak barang, aku terus gi mandi. tak tahan. berlengas badan. haha. lepas siap mandi, terus solat dan makan. kalau kita tak makan, nanti ada orang marah. ehem ehem. hee.

sembang sembang kejap. tirah dgn mokcik naik bilik diorang. kami semua dah letih. dah prepare nak tidur dah. akhirnya, lampu tertutup jugak. maka aku pun kena tidur sambil bertemankan seseorang yang jauh di mata tapi dekat di hati. ecececeyhhh. hihi.


TAMAT

phewww, dari petang aku menaip entri ni. malam baru siap. amekau seminggu punya cerita aku compile dalam satu entri. antara larat tak larat jela nak baca. haha.

harap tabah dan sabar. :P

jumpa di next entri okay. lebiu uollsss ♥


semakin hari semakin sayang. semakin hari semakin rindu. moga Allah jaga hati kita.



Lots of Love, Cik Nanad ♥

Wednesday, 9 September 2015

Ding dong!

♥Assalamualaikum♥

hai! hmm, setahun aku tak update blog ni. kau rasa? nampak tak aku macam takde masa je nak menulis kt blog ni haa. almaklum la aku ni dah sem atas atas dah. minggu depan aku dah jadi super senior. sem 7 wooo. kau ingat? haha. Allahu. mencabar sangat. tak percaya aku dah menapak dalam tahun akhir dalam pengajian aku. perghhh bersyukur sangat.

aku tinggal lagi setahun je. sem 8 nanti dah start attachment kat mana mana hospital. phewwww. time tu la baru rasa macam mana penatnya bekerja. kau akan kerja 3 shift. pagi, petang, malam. haa, bergilir gilir la tu. setakat ni aku tak pernah lagi shift malam. takpe nanti aku rasa la tu macam mana rasanya bersengkang mata tak tidur buat report semua haa. lagi lagi kena buat fyp lagi. perghhh itu bertambah lagi la stress. takpe takpe. cool je. InsyaAllah, semua akan bergerak dengan lancar.

actually, aku takda apa pun nak cerita. sebenarnya nak share berita gembira. tapi takpe la. simpan je dulu. kahkahkah. jaga privacy jugak. sebab dah setuju macam tu. 

nanti aku update lain pulak ea. aku post ni dulu. saja nak banyakkan entri. haha.
actually nak biasakan diri menaip balik kat blog ni haa. bukan ape, macam takde function je blog ni even da lawo lawo camni tapi tak ber'update'. rugi beb rugi beb! :D

lepasni kena la rerajin update. aku update ape yg berlaku dalam kehidupan seharian aku je. kira macam diari. eh? entahlaa. kalau diari mana orang lain boleh baca. hmm, tak kira. aku nak share jugak. tapi tak semua la aku tulis. aku tulis yg penting penting je.

jadinya, sampai sini dulu entri aku kali ni haa. sebab nak update yg lain. kahkah. rajinnya kau Bae. yela, mesti la rajin sebab banyak masa free buat masa sekarang ni. haha. kelas pun tak banyak mana pun. so, kita enjoy menulis blog je la ye since nak jenjalan malas :'D

Alhamdulillah for the gift ya Allah. aku akan jaga sebaiknya. aku yakin itu adalah yang terbaik buatku. terima kasih Allah :')

Lots of Love, Cik Nanad ♥

Saturday, 27 September 2014

Dnars Skincare Review

♥Assalamualaikum♥


Hai uollsssss. haaa, tetibe rajin pulak kita nak update hari ini walaupun tak berapa nak sihat sangat plus penat giler-2 sebab ada Kemahiran Insaniah tadi. dari pagi sampai petang. letihhhh baq hang! :(



alahai, sejak akhir-2 ni kan kita suka sangat nak cari produk untuk memutihkan kulit dan buat kulit kita glowing-2 comel-2. kita dah cuba K-Colly Sweet17. okay la. not bad tapi effect dia kurang kat kita. lagipun tengah hold dulu sebab tengah on ubat. hehe. nanti dah sihat, sambung makan balik. yang buat kita tertarik and love it so much sebab rasa dia memang sedap. rasa stroberi uollls. sedap, manis. hee ^_^ rasa nak makan banyak-2 je tapi tak boleh. kang overdose pulak. haha.



lagi satu, kita tengah cuba pakai Sensual Serum Plus. serum ni ada banyak jenis. tapi kita amik serum yang boleh putihkan kulit and lembutkan kulit je. hihi. serum ni dalam botol kecik je tapi boleh tahan dalam masa 5-7 hari if pakai 2 kali sehari. best! sebab memang kulit jadi lembut dan lembab je lepas apply serum ni tau. tak tipu. dah nak masuk 3 botol kita pakai. so, maknanya dah 3 minggu kita amalkan pemakaian serum ni. mudah-mudahan effectnya menjadi. amin.



tapi kita belum berpuas hati lagi dengan kulit kita. kita nak try pakai Dnars Skincare pulak. bakal mak mertua kita dah pakai. dia kata okay pakai Dnars ni. dia pun sarankan kita guna produk ni. so, apa tunggu lagi. cuti midsem ni kita nekad nak pegi beli. tak kisah la mahal. nak lawa punya pasal kan. hihi ^_^


********************************************************

DNARS SET ASAS NORMAL/JERAGAT




Item : 
1. Sabun susu beras
2. Sabun Kolagen
3. Magic Day Cream (krim siang/sunblock)
4. Magic Beauty Cream (krim mlm)

Set ini dirumus khusus untuk anda yang berkulit biasa atau menghadapi masalah jeragat.
Set ini akan membantu anda untuk menghilangkan jeragat, pigmentasi, parut pada wajah, kulit kusam, kulit wajah yang tidak sekata, mengusir sel kulit mati pada wajah, menghalus dan mengecilkan liang pori, menegang dan mencerahkan kulit wajah , dan lain-lain masalah wajah yang lazim dihadapi kaum wanita.
Untuk membantu anda mendapat kesan yang lebih baik dan cepat supaya kulit anda lebih gebu dan halus, anda digalakkan mengambil set penuh yang mengandungi set asas seperti di atas dan dicampur dengan Toner Collagen@Toner Treatment, Ku Neng Collagen@Krim Ku Neng dan Magic Gold Foundation.

Cara penggunaan SET ASAS NORMAL/JERAGAT
1. Siang hari;
A)Cuci muka anda menggunakan Sabun Normal
B) Sapukan Toner Collagen@Toner Treatment dengan menggunakan kapas (sekiranya anda membeli set penuh)
C) Sapukan Day Cream (Sunblock)
D)Untuk lapisan kedua,sapukan Silky Gold Foundation (sekiranya anda membeli set penuh)


2. Malam (Minggu pertama-sebelum tidur)
A) Cuci muka anda menggunakan Sabun Normal
B) Sapukan Toner Collagen@Toner Treatment dengan menggunakan kapas (sekiranya anda membeli set penuh)
C) Sapukan Beauty Cream(Night) keseluruh wajah secara nipis
D) Sapukan Ku Neng Collagen@Krim Ku Neng (sekiranya anda membeli set penuh)
3). Malam (Minggu kedua dan seterusnya-sebelum tidur)
A) Cuci muka anda menggunakan Sabun Normal
B) Sapukan Toner Collagen@Toner Treatment dengan menggunakan kapas (sekiranya anda membeli set penuh)
C) Sapukan Beauty Cream (Night) dan Ku Neng Collagen@Krim Ku Neng secara berselang seli (sekiranya anda membeli set penuh).

PERHATIAN: Untuk mencuci muka, gunakan sabun Normal hingga habis terlebih dahulu. Kemudian baru gunakan Sabun Collagen untuk tujuan mencuci muka

DNARS SET ASAS JERAWAT/BERMINYAK




Item : 
1. Sabun susu beras (2 unit)
2. Magic Day Cream (krim siang/sunblock)
3. Magic Beauty Cream (krim mlm)

Set ini dirumus khusus untuk anda yang menghadapi masalah wajah berjerawat dan kulit yang berminyak.
Set ini akan membantu anda untuk mengatasi masalah kulit berjerawat, menghilangkan parut jerawat. Juga membantu anda mengatasi masalah kulit yang berminyak serta masalah resdung. Selain daripada membantu anda untuk masalah-masalah tersebut, set ini juga akan membantu anda untuk menegang, menghalus dan mencerahkan kulit wajah.  
Untuk membantu anda mendapat kesan yang lebih baik dan cepat supaya kulit anda lebih gebu dan halus, anda digalakkan mengambil set penuh yang mengandungi set asas seperti di atas dan dicampur dengan Toner Treatment, Ku Neng Collagen dan Silky Gold Foundation.

Cara Penggunaan SET ASAS JERAWAT / BERMINYAK
1.Siang hari;
A) Cuci muka menggunakan sabun Jerawat/Berminyak
B) Sapukan Toner Treatment dengan menggunakan kapas (sekiranya anda membeli set penuh
C) Sapukan Magic Day Cream
D) Sapukan Silky Gold Foundation (sekiranya anda membeli set penuh)

2. Malam ( Minggu pertama-sebelum tidur)
A) Cuci muka menggunakan Sabun Jerawat/Berminyak
B) Sapukan Toner Treatment dengan menggunakan kapas (sekiranya anda membeli set penuh)
C) Sapukan Beauty Cream (Night) dan Ku Neng Collagen (sekiranya anda membeli set penuh)

3. Malam (Minggu kedua dan seterusnya-sebelum tidur)
A) Cuci muka menggunakan Sabun Jerawat/Berminyak
B) Sapukan Toner Treatment dengan menggunakan kapas secara berselang seli (hari)-(sekiranya anda membeli set penuh)
C) Sapukan Beauty Cream (Night) dan Ku Neng Collagen (sekiranya anda membeli set penuh)

PERHATIAN: Sabun , Toner dan Cream dalam set Jerawat/Berminyak tidak sama seperti di dalam set asas Normal/Jeragat. Jangan ambil mudah dengan menganggap ianya sama dan menggunakannya sesuka hati. Anda dinasihat mengenal pasti jenis sabun, toner dan cream sebelum menggunakan atau membuat pembelian

DNARS MAGIC DAY CREAM (SUNBLOCK)




DNARS MAGIC DAY CREAM (SUNBLOCK) SPF 15 -6g

-Campuran serbuk mutiara asli di dalamnya dapat membantu menghilangkan jeragat, bintik-bintik hitam & parut secara efektif.
-Memutihkan/mencerahkan kulit wajah dan membantu menghilangkan kedutan di wajah.
-Dapat digunakan sebagai foundation sebelum penggunaan make-up pada wajah untuk mencegah kembalinya jeragat dan bintik hitam.


DNARS MAGIC BEAUTY CREAM (NIGHT CREAM)



DNARS MAGIC BEAUTY CREAM (NIGHT CREAM)  

-Membuang sel kulit mati.
-Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan merawat kulit bermasalah.
-Memperbaharui sel kulit mati.
-Menghapuskan jeragat, jerawat, parut & pigmentasi.
-Mengecilkan pori-pori.
-Melembapkan dan menggebukan kulit.
-Menjadikan wajah lebih mulus dan tona kulit lebih sekata.


DNARS YELLOW CREAM (KRIM KU-NENG)



YELLOW CREAM (KRIM KU-NENG) 6g

-Untuk kulit normal/jeragat sahaja. (Jika bermasalah jerawat, tunggu sehingga masalah jerawat selesai baru boleh menggunakan krim ku-neng)

Diformulasikan dari pati-pati herba yang terpilih termasuk 3 jenis kunyit. Pengguna akan dapat merasai perubahan pada kulit wajah setelah menggunakannya secara teratur.

- Menghilangkan jeragat/ parut pada wajah.
-Membersihkan kulit wajah, wajah akan jadi lebih cerah, gebu dan segar.
-Yang utama adalah kerana ianya dapat mengembalikan aura/seri wajah secara semulajadi.
-Menghilangkan garis-garis halus @ kedutan pada wajah.

Penggunaan: Dipakai secara berselang seli bersama night cream. Pakai secara nipis sebelum tidur.


DNARS MAGIC GOLD FOUNDATION



MAGIC GOLD FOUNDATION (SPF 40) 

Alami perubahan wajah dengan foundation ajaib yang merawat cela wajah dalam masa 5 minit. Bedak asas SPF 40 & minyak biji anggur yang bertindak sebagai anti-oksidan yang melindungi sel kulit selama 12 jam dari sinaran UV yang boleh merosakkan kulit.

-Mencerahkan, menganjalkan & menegangkan kulit wajah.
-Menutup kecelaan pada wajah.
-Mengandungi vitamin E yang bertindak menghilangkan parut pada wajah.
-Sesuai untuk kulit jeragat/kulit kusam/ sensitif/normal.
-Tidak berminyak, tidak cepat berpeluh & ianya kalis air, boleh bertahan selama 12 jam.
-Dikeluarkan dalam 1 warna sahaja tetapi sesuai untuk semua jenis kulit kerana ianya bertindak secara ajaib mengeluarkan warna mengikut jenis darah/ tona kulit.

DNARS TONER COLAGEN



Untuk kulit normal, kulit jeragat sederhana/sedikit, kulit kering

- mengecilkan liang pori.
-menyegarkan kulit.
- mengelakan kekeringan kulit

DNARS SABUN MUKA KOLAGEN



SABUN MUKA KOLAGEN

- Membantu menegangkan kulit wajah.
- Menjadikan kulit lebih anjal.
- Mengurangkan garis halus & kedutan pada wajah.


DNARS SABUN MUKA BERAS



SABUN MUKA BERAS

Membersih & melembutkan kulit wajah, menyingkirkan minyak yang berlebihan pada wajah serta merawat masalah jerawat, jeragat, kulit kering, kulit tidak sekata, kulit kusam. Wajah akan menjadi lebih bersih, halus, licin dan tegang selepas dicuci.

*******************************************************

haaa.. tu dia serba sikit info produk Dnars Skincare ni. so, kita harap usaha kita kali ni berjaya. hmm, tapi apa kata kita review produk skincare lain pulak. orang kata produk Amyera Beauty pun okay. takpe-2, kita review dulu satu-2 ye. banding beza harga dan kualiti. yeah!


nanti bila kita dah cuba one of these skincare, kita bagi testimoni peribadi kat sini ea. insyaAllah. semua ni kita niatkan kepada Allah :)


*tengok jam* alamak, dah pukul 11.30 la. kena tidur sebab esok my parents nak datang melawat kita kat sini. hantar ubat, makanan, baju uniform, rinduuuuuu. eh? hihi.

sekian saja coretan dan review saya hari ni. bye-2. muahh ciked ♥


credit to : Dnars Skincare Stokis & Dnars HQ


Lots of Love, Cik Nanad ♥