Penghijrahan yang Indah
♥Assalamualaikum♥
hai ! alhamdulillah bertemu kembali kita. lama betul rasanya tak menaip kat sini. busy dengan praktikal apa semua. sekarang ni alhamdulillah semua dah selesai. tinggal FYP, final dan OSCE je. orang lain cuti, kita kat Palam ni bersengkang mata. hahaha. dugaan tahun akhir. hihi.
actually, tak tau nak cakap pasal apa pun. satgi mana idea terkeluar tu, kita teruskan jela. hahaha.
okayyyyyy !
pernah tahu apa itu hijrah? hijrah ialah perubahan diri ke arah lebih baik dengan niat semata mata kerana Allah. ini definisi aku la. mungkin berbeza bagi orang lain. okay, nak cerita la kan. ni semua kisah benar tau. bukan reka. pengalaman sendiri. hihi.
dulu, aku ni macam perempuan biasa. pakai tudung sedang molek jela. zaman muda muda dulu mungkin masih jahil lagi kan. tudung masih singkat, baju masih ketat, masih jarang. pernah ada niat nak labuhkan tudung tapi masih gagal time tu. zaman zaman tengah nak berfesyen bagai kan. hahaha.
aku pernah try semua fesyen tu. hahaha. takkan aku nak cerita pulakkan. hangpa tau sendiri jelakan. daripada shawl yang bermacam gaya aku try. tudung menimbun aku beli tp hat kecik kecik ja. belum ada kesedaran lagi time ni. budak budak lagi. hahaha, takde sapa yang nak tegur.
alhamdulillah, ada satu hamba Allah ni. pada masa ni, dia ni kesayangan aku. dia bagi nasihat macam macam. aku try dengar dan hadam nasihat dia. slow slow aku ubah. first, aku mula dgn handsock. gila la awkward je rasa sebab tak biasa kan. tapi aku tak kira. aku nak jugak try. kuatkan hati apa semua. then, aku try pakai stokin pulak. ada jugak la kekadang gatal tak pakai stokin. hahaha. takpe, dalam proses belajar lagi kan. next, aku try pakai tudung labuh. start dengan tudung bawal bidang 50'. hehehe. sekali dengan baju labuh labuh dah. tudung mana yang kecik kecik, aku pegi jual dengan kawan kawan. hihi. dari sini aku teruskan je pakai baju labuh, longgar apa semua. Alhamdulillah dipermudahkan je. hehehe.
mak abah sentiasa support aku. mak abah mana tak suka anak dia berubah ke arah macam tu kan. hehehe. alhamdulillah. sekarang ni kira dah jadi macam rutin dah. mesti akan rasa tak selesa if pakai pendek or ketat. seriusly, kau akan rasa lebih rela pakai besar besar. sebab kau bukan tahu apa orang pandang terhadap kita. kalau kau tahu, mesti kau akan takut. so, kena la pandai jaga diri.
point dia kat sini, kau kena istiqomah. kena selari dengan niat kau. berubah bukan sebab orang lain tapi sebab Allah dan diri sendiri. okay? pedulikan apa orang nak kata. kita nak dengar perintah Allah atau orang lain? mulut orang lain tu nanti dia dah penat bercakap, berhenti la tu. hahaha. biarkan je okay. jangan terkesan sangat. kena kuatkan hati. :)
bila kita dah sempurna dalam berpakaian, apabila kau pergi memana ke kan, kau akan rilek cool cool je. bagi aku kalau travel pegi memana dah rasa mudah dah. hihihi.
jom la sama sama kita sempurnakan pakaian kita ni. aku ni pun masih lagi banyak benda nak dipertingkatkan. banyak lagi kena ubah apa semua. hehehe.
dalam masa yang sama, tingkatkan jugak iman kita ni. solat jangan tinggal. InsyaAllah :)
Ramadhan dah semakin menghampiri kita. tak sabar rasanya. hehe
last but not least guys. doakan aku berjaya tamatkan pengajian aku ni haa. sikit je lagi. debor hakak. hahaha.
nanti aku tulis lagi ye bila ada masa lapang. :D
terima kasih sebab baca ^_^
p/s: eh, dah bulan 6 la. bulan kelahiran aku. hehehe. tak lama lagi aku dah nak cukup 23 dah. Allahu, dah semakin meningkat dah umur aku. moga aku lebih matang selari dengan umur aku.
Lots of Love, Cik Nanad ♥
No comments:
Post a Comment