hee.. hari ni kite hepi sgt sebab dapat anak sedara baru . baru je lahir lepas subuh tadi . sebagai moksu, kite seronok sangat dan bersyukur . dah lama tak dapat anak sedare tau . ni baru dapat yg baru . HEHE . baby tu comel sangat taw. tengok macam nak cubit-2 je pipi die . siyesly . ^^
menurut ape yg mak kite citer, baby ni lahir dgn berat 3.1kg . besar jugak tu . tapi lagi besar aku masa lahir . HEHE . muka baby banyak ikut muka ibu dia la . muka ayah dia sikit-2 je . yang paling penting, ade lesung pipit . walaupun sebelah je ibu die cakap . HEHE . eee, mesti comel sangat die ni . tak sabar ni nak balik nak jumpa baby tecik ni :D
oh, lupa pulak . nama baby ni Mohd Faris . kiter nak panggil die ayish jew la nanti . comel je panggil ayish . hikhik :D bila sebut nama baby ni teringat pulak la kat kawan kite tu . lahai, rindunye kat awok kawan . =_="
dah-2 la tu feeling bagai . HAHA . balik pada citer asal . nanti 22hb, ade majlis cukur jambul baby ayish . kiter wajib balik time tu . nak tengok baby ayish, nak cium peluk baby ayish . :D
ni haa gambar baby ayish . ayah die upload lepas dia baru jew dilahirkan . omey kan? macam moksu die ni haa. :D
aku ni terlebih eksaited bile dapat anak sedara baru . yela, dah lama takde anak sedara kecik . semua anak sedara dah besar-2, dah sekolah dah pun . HEHE . so, tanggal 8/12/12 ni akan aku ingat sampai bila-2 . ^^
aku harap baby ni membesar dengan jayanya . HAHA *ayat tak bole blaa pulak kan* maksud aku membesar dgn sihat laa . dan aku doakan semoga baby ayish ni jadi anak yang soleh, iinsyaAllah :D
hai, hari ni just nak hapdet pendek je . hari tu 4 Sept adalah birthday Laily, my cute housemate . hee . sori taw awk takde hadiah . cuma wish yg lambat je ni . hee :D so, dengan ini sy ingin mengucapkan
hai ! sori lama tak hapdet . buzy berMDS . biasa la UiTM wajib ada MDS . tapi best ! banyak manfaatnya :) kali ni sy nak cerita sumthing kat blog ni . sumpah sedih giler ni . rasa nak mengalir air mata lagi-2 tgh dgr lagu muara hati . mmg la menusuk kalbu . lagipun lagu tu ada makna . T_T tak mau citer la . menanges nanti sapa nak tanggung kan.. awak? awak? dan awk? tak kan . sy sendiri yg tanggung rasa derita ni . sy yg rasa semua . tension ! ngn homesicknya lagi . banyak benda nak fikir .
hari ni MDS abes . banyak aktiviti kene sertai . pagi majlis perasmian, petang rehearsal, dan malam ada malam apresiasi seni . sungguh penat tapi sgt ohsem kot ! hari last jugak jumpa abg-2 dan akak-2 PM . to abg-2 dan akak-2 PM, terima kasih sebab dengan penuh sabar jaga kami selama seminggu kat sini. sebenarnya lebih kan? banyak pengorbanan akak n abg-2 utk kami . kami hargai :') terima kasih akak dan abg-2 . we love you all ! <3
ad sikit je gambar masa last MDS . tu pun gambar sy ngn kwn-2 sy je . jadi la kan daripada takde . hee :D masa petang dan malam . jap ea . sy upload.
TARAA !
me dan shud
me, laily dan shud
me dan laily boboiboy. hee :D
*tiga gambar kat atas ni masa rehearsal petang :)*
saya dan laily ^^
saya dan laily again . memasing tayang gigi. :D
kitorang again. hee :)
*tiga gambar kat atas ni masa malam aspirasi seni . comel kan kami? ahak XD*
masa malam aspirasi seni macam budak-2 ni persembahkan . termasuk abg-2 dan akak-2 PM . yg paling lawak persembahan FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN . mereka buat persembahan muzikal raya . kelakar habis laa . tergelak-2 kami semua . tapi persembahan FAKULTI SAINS KESIHATAN tak kurang juga hebatnya . kami buat persembahan pentomen raya . kelakar jugak . kami gelak tak kering gusi . hee. :D
after malam aspirasi seni dah selesai, abg-2 dan akak-2 PM ni dah mulakan sesi sedih-2 bagai . sampai menangis kami dibuatnya T_T last session adalah bersalaman mintak maaf dgn abg-2 dan akak-2 PM . memasing dah menangis . aku sempoi je *padahal kau nanges jugak kan cik nanad* tapi kan yg terharunya, abg Shah menanges mase peluk kwn-2 dia . air mata ikhlas tu . jarang kot nak nmpak lelaki menangis masa cam gini . seriusly . tabik la kat abg Shah . :D
sesi tu habis pukul 1 lebih . semua budak penat terus naik bilik . yg si perempuan-2 ni ramai gila hantar baju kat dobi . sampai sy tak sempat nak basuh time tu . postpone basuh baju hari ahad . haha XD hm, dah kata dah kan. MDS ni memula je macam tak best tapi bila dah akhir-2 rasa macam nak je MDS diteruskan . really, betul ni . sebab sy pun rasa gini :') lepas ni dah takde dah MDS buat sy . dua kali MDS je sy dapat rasa . rindu keadaan MDS T_T dah-2, tak yah nak emo sgt la kan . hepi-2 je key . :D
so, takde ape dah nak dihapdetkan lagi . jumpa next entri oke, insyaallah . ^_^ pen off now !
TATA uollsss !
p/s : posted for 6 Sept (Khamis) ^^
p/s II : miss him <3
p/s III : sori dah lama tak hapdet . i lebiu uollss :D
Hai peeps ! macam mana pose hari ni? oke? bagus-2 . hehe . teruskan usaha anda . tinggal lagi bape minggu je pun kan . pastu raya . yey ! huhu ^^
oke, hari ni tak nak cite panjang . nak kongsi satu cerita korea ni . tajuk citer tu 'Flower Boy Ramen Shop'. citer ni membuatkan ku terlalu obsesi dengannya . sebab citer ni sweet-2 je . tambahan pulak pelakon lelaki die hensem giler . eh, bukan setakat hensem, kiut oke . geram, rase nak cubit-2 je pipi . bole? haha . *berangan nak dpt pakwe hengsem cenggitu . berangan je bole . realiti tidak . kuikui* hm, pelakon pempuan die pulak cun melecun plus comel momel . hehe . yg penting citer ni best giler laaa . rugi tak tengok . ^^
citer ni ke udara setiap hari Isnin-Jumaat di ntv7 jam 12 tengahari . jgn lupa tengok . *mcm promoter pulakkan =="*
ni sinopsis citernye (sori dlm BI, copy paste je pun ^^) :
Yang Eun Bi is a college student preparing for her civil service exam with the dream of being a high school teacher. She accidentally encounters Cha Chi Soo, the arrogant son of the biggest food conglomerate in Korea. Both of them end up working at a ramyun shop run by the lazy Choi Kang Hyuk. [source]
cetengok pelakon die . gojes mojes kan ? tu antara barisan pelakonnya la . kira macam hero[s] dan heroin la . hehe . dari kiri Lee Ki Woo sebagai Choi Kang Hyuk, Lee Chung Ah sebagai Yang Eun Bi dan Jung Il Woo sebagai Cha Chi Soo (comel giler die ni, caer I tengok) . ^^
kat bawah ni ada sedikit latar belakang depa . nak tau ? jom check it out . yeah ! :D
Name: 이기우 / Lee Ki Woo (Lee Gi Wu)
Profession: Actor
Birthdate: 1981-Oct-23
Birthplace: South Korea
Height: 189cm
Weight:78kg
Star sign: Scorpio
Blood type:AB
Name:이청아/Lee ChungAh(LeeCheongAh)
Profesion:Actor
Birthdate:1984-October-25
Birthplace: South Korea
Height:165cm
Weight:46kg
Star sign:Scorpio
Blood type:A
Name: 정일우 / Jung Il Woo
Profession: Actor and model
Birthdate: 1987-Sep-09
Height: 183cm
Weight: 63kg
Star sign: Virgo
*kenapa la mereka comel sgt ekk . eee, geramnye taw*
EXTRA !
oke, ni pose comel momel dr Jung Il Woo ! :D
p/s : jgn lupa tengok citer ni taw . TATA ebelibadi ! hehe ^^
hai readers ! Salam Ramadhan yg ke-7 . sekejap je masa berlalu kan . pose pun da 7 ari dah . baki 3 minggu je lagi nak raya . yey ! hehe . lepas 2 minggu pose nanti, radio dah setat pasang lagu raya . time tu la best . baru terasa betapa dekatnya raya . hehe . bagi yg di perantauan tu, mesti teringat kampung kan bila dengar lagu raya . lagi-2 yg tak dapat balek raya . don't feel so sad key . yg penting ingatan kita terhadap kuarga dan jgn lupa memohon maaf walaupun dari kejauhan . sekarang dunia dah maju . henset pun canggih manggih . bole 3G lagi . takde la sedey sgt . so, hepi-2 je key . ^^
bape ari CN menghilangkan diri kan? takde hapdet entri baru pun . sori la ea . tak rajen plus malas nak ngadap lappy lame-2 . saket mata dan badan . adoii ! ==" so, CN amek mase beberapa ari untuk merehatkan diri dan minda . *eceh, rehat la sgt kan! haha*
CN ade jugak online blog ni . cuma balas kunjungan korang je dan blogwalking cket . tak hapdet pape pun. penat la . maklum laa pose kan . kuikui . ari ni baru rajen cket nak hapdet . da 3 ari kot takde berita . ntah idup ntah mati kan . *selisih malaikat 44 . haihh~* pastu tangan pun gatal je nak tokok tambah plus mengubah rupa blog ni . mane yg cacat-2 tu, diperbaiki cket la bagi elok cket . sejuk je mata tengok ni haa . haha . tu pun hasil daripada tutorial kakak-2 dan adek-2 manis . hehe . tenkiu ea . CN banyak belajar drpd tutorial korang sume . syg korang ketat-2 laa . hehe . =) tapi takde la 100% tiru kan . ade la ubah-2 cket coding tu . *bajet macam terer je . haha* rupanya takde la susa sgt kan kalau kita paham code tu utk ape . lepas ni bole laa cipta coding baru . kuikui . *insyaallah, mgkin lambat lagi . haha*
adoii, panjangnye mukadimah CN . maap ea . bese la tu da lame tak menaip ni haa . hehe . ni nak cita yg sebenar-2nye ni . CN sedih sebab Churp-2 CN baru naik 2posen je . tak percaya?
ni bukti die .
tak kan sorang je yg klik . me so shhaaaaaadddd la . huhu . ='( baru nak kumpul duet raya ingatkan . tapi hampa . hmm, its ok la kan . naik jugak tu daripada 0 sen . alhamdulillah, CN tetap bersyukur . ^^
korang-2 yg cantek dan hensem plus gojes mojes tu kan, ade mase terluang, klik la churp-2 CN kat atas tu haa . nanti CN churp-2 korang balek . hehe . tak lame pun bape minit je . bole ea . bole la . *merayu sambil melutut . huhu*
hm, nampaknye setakat ni je la entri CN kali ni . CN nak g tengok cite Nada Cinta ni dan nak siapkan juadah untuk berbuka . ^^v
p/s I : Selamat berbuka korang . *wish awal-2* hehe . makan
berpada-pada ye nanti . jangan kenyang-2 sgt . berhenti sebelum kenyang . dan
tak lupa jugak menunaikan solat terawih . ^^
p/s II : hati ini merindui si dia yang berada di kejauhan .
perghh, skema giler ayat . haha .
Alhamdulillah, masih ada Ramadhan tahun ni . moga Ramadhan kali ni diberkati Allah . Banyakkan beribadat kepada Allah, meminta pengampunan daripada Dia . yg fardhu tentulah wajib, yg sunat hendaklah diperbanyakkan . moga-2 amalan kita dibalas pahala oleh Allah . InsyaAllah . ^^
oh, ye lupa pulak . malam ni dah mula terawih tau . mane yg berkesempatan, pegi je la jgn bnyak alasan . mane yg tak berkesempatan tu, masih ada sebulan lagi . belum terlambat . ^^ lagipun, bkn senang nak dpt ni . setahun sekali je kebiasaannya . kan ? haa ni satu lagi, banyakkan bace Quran . lebih baik khatam satu Quran mase bulan puasa ni . cipta rekod buat diri sendiri . lagipun, ada ganjarannya Allah berikan :)
malam ni da bole stat niat puasa . pilih sama ada niat utk sebulan atau sehari je . kalau niat utk sehari, hari-2 kita kene niat balek . kalau utk sebulan, senang . lupa, tak batal puasa . =) korang mesti tau kan niat puasa . dah beso panjang da kan . takpe, mane yg lupe-2 cket tu, bole tgok niat kat bawah ni [^_^]v
klik utk besar :)
mase siang hari puasa please ikot mcm kat bawah ye . law redah je, dpt dosa + batal puasa tau . no-3 . prohibited oke ! HEHE . sia-2 je puasa korang nanti ^^
klik utk besar :)
haa.. mase buka puasa nt jgn lupa baca doa buka puasa taw . jgn terus makan je . HUHU :D kat bawah ni ad doa buka puasa . nak hafal, tak sampai 5 minit pun . *eceh, tipu je tu . HAHA*
klik utk besar :)
ok la, penat ni seharian ngadap blog je . tukar itu ini kat blog . haishh . tp tak cntek-2 jgk . ==" pape pun, sy yg bernama glemer CIK NANAD ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN . moga tahun ni puasa korang takde lopong-2 ea . HEHE *peace* ^^v
p/s : jangan puasa yang yang yuk ye . HEHE . i lebiu olls ♥
mulakan hari anda dengan senyuman yg paling menawan tau . senyum tu kan sedekah :D korang sehat ? dah lame jugak tak tengok blog ni . dah lame tak blogwalking teman-2 tercinta . rindu oke ! :') baru semalam ada masa . tu yg sampai semalam tak tido langsung . akibatnya pagi td bangun lambat . *eh, ape punya anak dara la ni kan . HUHU* ala, sekali sekala je pun . bukan selalu . :P
oke, entri ni rentetan daripada keputusan UPU hari tu . hari tu kan tak tau dapat UiTM mane . haa, ari ni sy nak kabo kan kat anda sume ye . ce tengok gambo bawah ni haa .
klik untuk pembesaran *peace* =)
and.... TARAA !
saya dapat UiTM Puncak Alam lagi . yahuu ! yebba yebba . suka yg teramat oke . sbb tempat ni best sgt . tak tipu . dulu sy pernah asasi sains kt sini setahun . so, dah bese dah ngn keadaan kat sana . tersenyum lebo bile dapat tau ni haa . mak abah kata senang sebab dah bese ke sana kan . takde la sebok tekedekkedek nak cari jalan lagi . kuikui .
UiTM Puncak Alam ni baru je bukak kabonyer . lebih kurang 2 tahun lebih kot . baru lagi . konsep UiTM Palam ni konsep kampus satelit yg pertama oke . memang luar biasa binaannya . bentuk bangunannya pun pelik-2 cket . kampus satelit la kata kan . HEHE . takpe, yg penting lain drpd yg lain dan best !
yg paling sy suka adalah kolej kediaman die . sgt bez sebab macam apartment . satu rumah 8 orang, dalam 1 bilik cuma 2 orang je . aman . takde la macam kat hostel tido ramai-2 dalam satu ruang tu kan . tak bole tak bole . aduhai~ kolej kediaman kat sini ade 2 . kolej Rafflesia dan kolej Angsana . kolej Rafflesia khas utk pelajar perempuan dan kolej Angsana khas utk pelajar lelaki . ^^
kolej kediaman bangunan yg warne oren cream tu . view from rooftop :)
ni bilik dia . sangat kondusif oke . *ni bkn gambar sy . ihsan google je*
oke, yang paling uniknyaUiTM Palam ni adalah tangga kejayaannya yg mempunyai lebih kurang 280+ anak tangga . macam-2 gelaran tangga ni . tangga maut la, tangga batu cave la, tangga kejayaan la . banyak versi mengikut batch masa tu . kenapa mereka gelar macam tu ? kejap lagi kita tengok gambar die . tinggi tak tingginya tangga tu . tiap-2 hari turun naik tangga tu . mau kurus duduk sana . tak perlu lama-2, amek masa setahun da cukup utk memiliki brt bdn yg ideal . *cewah, pomot cket tangga ni * HAHA . tak payah nak g gim kuruskan badan . g kelas pun da cukup . hebat tak hebat UiTM Palam ni haa mak jemah oi ! hewhew .
cube tengok berapa darjah curamnya ni haa. tak gerun kau? HAHA
tp bg yg tak bese tu kan mule-2 mmg sakit, lenguh dan terasa nak tercabut kaki . lama kelamaan dah bese dah . terasa macam jalan atas jalan raya je. kuikui *oke, tu tipu* mau senak perut ni haa, nak terbenti nafas pun ada . semput kau . sampai atas cepat-2 cari air kat cafe . untung makcik cafe tu kan . laku jual air. ehek :D
skunk nak cite pasal cafe die pulak . cafe die agak besar jugak la . dan for me cantik . struktur bangunan die pun macam pusat satelit . kalau pandang dari atas (langit) bentuk nya bulat . ohsem key ! =D dalam cafe tu banyak gerai-2 kecik tapi mase sy dulu banyak yg tak bukak . kat Rafflesia oke la banyak jugak yg bukak tp kalau kat Angsana ciput je gerai die . kesian kat pelajar lelaki nak cari makan kat cafe perempuan . hewhew :D makanan kat situ bole la kan . sedap jugak . nak kata mahal, standard la dok kat selangor kan . bese la tu . hewhew .
suasana dalam cafe . ^^
dengar-2 cite skunk ni kat Rafflesia da ade coolblog . glemer tak glemer kau ! :D ish, tak aci betul la . mase dulu takde pun . dan-2 tahun ni bole ade pulak kan . takpe, tunggu la kau coolblog . aku bantai cukup-2 kau kat sana . HAHA . tapi betul ke? check kat laman web coolblog takde pun . hm, wait n see jewla . :D
duduk kat sini banyak keindahan yg bole kita nikmati . ciptaan sempurna Allah Ta'ala :)
ni pemandangan waktu pagi daripada kolej kediaman . damai kan n pastinya sejuk ^^
ni pulak pemandangan waktu senja . tengok sunset tu . subhanallah, cantek ! =)
pemandangan waktu malam . dengan limpahan lampu-2 yg terang . ohsem kan ?
view from rooftop bangunan FSK 6 . nampak kecil belaka sumenya . cantek . kalau pegi awal pg atau lewat ptg mmg best =)
oke, penat jari jemari ni menaip entri yg agak pnjang kali ni . *euww, pnjg kew? penuh ngn gmbo je kak oi . HAHA .*
terima kasih sebab sudi baca . i lebiu la uolls . muaah-3 :*
Hai cantek jelita dan kacak hensem ! HEHE . 4 hari sy menghilang tanpa sebarang post . sori ye, buzy cket sbb ada hal yg tak dapat dielakkn . ni baru ada masa nak hapdet . HEHE . Korang tak rindu sy ke? kuikui . sape la sy utk dirindui kan . tak layak kot. :P
oke, ari ni nak hapdet pasal tutorial pulak . maybe org dah tau tapi sy nak share jugak . tak kira . ada aku kesah ? HAHA . oke, let's begin ^^
WARNING !
tuto ni untuk template designer sahaja . harap maklum :)
Alhamdulillah, hari ni hepi sgt. dgn hujan paginya, mmg rahmat betul laa. :D nak tau ke sebabnya? sebab keputusan UPU dh pun keluar. tepat jam 12 tengahari tadi. ^^
rase nak teriak pun ada. rasa nak menangis pun ada. :') sebab dapat ape yg dimpikan. alhamdulillah, syukur kpd Allah. korang rase ape yg sy dapat? nak tau? meh tengok meh. bkn nak bangga ke ape kan. cume nak gtwu korg khabar gembira je. tak salahkan? so, jom tengok.. ^^
sy dpt bidang kejururawatan kat UiTM. tp tak tau UiTM mane laa kan. HEHE. hari isnin nt baru tau. nt sy update lagi :) Alhamdulillah. mak paling hepi bila dapat tau sy dpt course jururawat ni. sedih pulak kan. janji kali ni nak belajar betul-2 nak dptkan ijazah kelas pertama. InsyaAllah ^^ impian ni..
so, korang da check ke belum? law belum, cpt-2 la check ea taw. jgn lambat-2. sblm tu mmg jantung ni dup dap dup dap taw. tapi bila dh tau keputusan, lega sgt. =)
p/s : mane yang ex-matrik atau ex-asasi, informkan korg dpt kat mana ea kat kotak komen sy. ^^
ari ni rase mcm tak nak menaip panjang-2. dalam kadar biasa je ni. :) oke, cbe tgok tjok tu. GEMPAK kan. disebabkan tu la tidur sy tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah taw. dup dap dup dap je jantung ni. berdegup dgn tidak stabilnye die. kesian. HUHU :P
tapi takpe, ape-2 pun yg tersenarai esok akan diterima dgn ati yg ikhlas dan redha. kalau berjaya, alhamdulillah. kalau tidak, usaha lebih lagi. InsyaAllah, rezeki tu ada kat mane-2 je ^^
tapi harap jgk la dpt course yg sy impikan dan universiti yg sy idam-2 kan. kalau hantar jauh-2 pun takpe, tak kesah. mencari ilmu di mana-2 pun bole kan? ^^
nurse jurusan aku minat ^^
UiTM Puncak Alam universiti pilihanku. tempat ni best weyh ! :)
bangunan fakulti UiTM Puncak Alam :)
harap keputusan UPU esok tak menghampakan ibu bapaku. yela, mereka memang mengharapkan anak mereka belajar tinggi-2 kan. tak nak mereka sedih-2 je. cukup la buat mereka sedih dengan resultku dulu. :')
mane yang tunggu result UPU esok, gud luck ea. moga korang dapat apa yg diimpikan. InsyaAllah ! kongsi-2 la ye berita esok. mane tau same universiti ke kan. nanti bole jumpa. wink-2 ^^
p/s : tunggu next entri berkenaan dgn result UPU sy, oke. =)
hye silent 'readers'ku yg tersayang. ngee ~ =) hmm, tetibe je rase rindu kat kengkawan mase kat PALAM (Puncak Alam) dulu. I miss uolls ok. alot ! terutama my geprens. IZANI, REY dan AISYAH. lame sgt tak bergosip ngn uollss laa. sobsob :'( hmpr stgh tahun oke. lame tu. lepas ni tak tau la kte dpt jmp lagi ke tak kan? :')
lagu sahabat nyanyian najwa latiff tu lagu kitorg mase kat PALAM. bile dgr je mesti teringat kat macek-2 ni. terutama kat Aisyah. retis PALAM oke. ^^ die mng tmpt ketiga mase Asasi Got Talent ari tu. die bawak lagu ni laa mase final. sore die mantap, sedap dan sore dia akan-2 najwa latiff bile dgr balik. siyes weyh. tu laa, bile dgr lagu ni teringat Aisyah. Aisyah, awk bole jd pesaing najwa latiff la nt. mesti meletop u ! :D jgn memain uollss. tp ppe pun Cik Nanad sentiasa sokong awk drpd belakang. yeah ! :)
hm, Aisyah.. awk nyanyikan laa lagi lagu ni utk kitorang. rindu nak dgr sore awk yg merdu tu. please ! *sambil melutut dan merayu rayu* ekceli kite ade rakam sore awk tapi kite nak dgr real-2. rindu keyh. kite bukan rindu sore awk je tp rindu sume tntg awk. kite rindu awk masam-2 muke ngn kitorg tak semena-mena. kite rindu gelagat awak yg mcm childish cket tu. kite rindu ekspresi muke awk bile awk nampak CRUSH awk. :P kite rindu nak observe org lalu lalang sme-2 ngn awk. sng ctew everything kite rindu pasal awk ok :')
kite pun rindu gepren kite yg laen-2 jgk. Izani dan Rey. Izani plg rapat ngn kite. law nak dduk pn msti sebelah-2. janggal la dduk sebelah org laen selain Zani. *haa, kembang la tu awk bace ni ek :P* Zanini perangai die macam ibu-2 cket. sangat oke ! :D die ni slalu jgk bg nasihat kat kengkawan die ni. lagi-2 sy ni haa, mmg byk mslh. igt lagi, lepas je discussion lab report biology sy dan die ade 1 sesi iaitu sesi meluahkan perasaan. she's good listener oke and good advisor. siyezly ! sy ni jnis kememei cket, kuat nangez. so, tugas die menenangkan sy. *mcm da takde keje lainkan?* untungnye laa dpt kwn mcm die ni ^^ she's a bit tough. tak reti menangis dpn org. tp die ni sensitif org'y dlm diam. tak bole kasar sgt ngn die. kan Zani kan? :) tapi kesian kat die. die selalu kena buli ngn Aisyah dan Rey. me? tade la selalu buli die. jrg-2 sgt nk buat keje cmtu. HUHU. baik kan? *bwekkk :P*
Rey ni pulak agak matang orgnye. susah cket nak ungkapkan pasal die ni. tapi siyezly die ni pandai glew Chemistry. tp die mmg pndai pun. die budak SESERI kot. perghh! tak sangka sy dpt kwn ngn org bijak laksana ni. Zani dak SEMASHUR, Aisyah juz sekolah biasa je mcm biasa. mereka pandai belaka drpd sy ea. tercabar cket. :P oke, Rey ny pn good advisor jgk. selalu jgk laa bg nasihat kt sy ni. sy ni mmg bermasalah je kat PALAM. that's true ~_~" alhamdulillah, sy ad kwn-2 yg byk bimbing sy ke jln yg benar. *cehh ayaaatttttt tak bole blaaa. HAHA* tp yg menariknye tntg Rey ni kan, die sorang je pggl sy Nadzira. yg laen dalam kelas pggl sy Bae. rase istimewa sebentar. wink-2 ^^ takde reason npew die pggl sy Nadzira. mybe nme Nadzira tu best kot pada die. me dunno laa why. :D
mase sy byk diluangkan bersama-sama mereka sama ada yg berpekdah ataupun tak berpekdah. yg tak berpekdah tu lagi byk asenye. HAHA. byk suka duka yg kitorang harungi kat sane. segala perangai mereka pun da terbiasa dah. kata pepatah melayu, alah bisa tegal biasa. dah masak sgt dh. dh dpt cam ^^ pergi mane-2 mesti berempat. law tak ckup, ase laen jew. mcm chopstik, sentiasa berpasangan. law tak de sebatang, tak bole makan kn. umpama mcm tu la kitorang. sweet kan mcm gula-2 kapas. HEHE.
sy nak ucapkan terima kasih kat korang sume. kalau korang bace la kan. sebab korang sume, sy bole idup di tempat yg begitu asing buat sy. yela, sy mane penah berjauhan sebelum ni ngn kuarge. dok asrama mmg tak la. tp sebab korang ada selalu disisi sy alhamdulillah sy tak terhanyut dlm dunia asing tu. thanks a lot korang. cek syg ampa ketat-2 oke. sy tak penah pun lupa korang. hrp korg tak lupa kat sy ni, si budak kampung yg comot. *euww, comot la sgtkan.* :P
Aisyah, Izani, Me, Rey ^^
sy doakan korang berjaya dlm kehidupan masing-2 ye. insyaAllah. ade pape, contact me ea. law nak naik pelamin tu wajib bagitau sy key. law x, sy cubit sorang-2. HEHE
p/s : Aisyah, nyanyikan lagu utk sy please. Zani, sy rindu ceramah awk. Rey, sy nak tengok awk senyum ari-2 bole? ^^
Hye readers ! feel good today? hehe. Ari ny mud kurang utk menaip panjang ye. Kemalasan telah melanda diriku. :3 eee, tolong la rajin cket cik nanad. belog da cntek tp tak berhapdet. ape barang kan. peluh menitik nitik nk renobet belog bg comel lote cm skunk ni tp hapah pun takde. no no no. kenot like dat ea cik nanad. oke, da merapu panjang da ni. :P
sebenarnya, tujuan hapdet kali ni juz for fun jew. bole? HAHA. tade la, pasal masa zmn muda mudi dlu. zaman sekolah menengah. HEHE. tetibe je teringat zaman-2 sekolah. rindu kot. kalau beley nak reverse balek mase ni. nak g sekolah balek. zaman sekolah ni lain daripada zaman universiti ni. sangat berbeza ok. mana taknye, masa zaman sekolah cikgu suapkan je nota, latihan dan segala benda kan tapi da masok universiti sori to say la nak dapat cmtu. cume slide note je dpt. yg lain amek kau kene search sendiri. pandai-2 kau la ye. HAHA.
tp zaman universiti ni ade jugak bestnye. contohnye, g kelas ley pakai baju warna warni. haa, meriah kau. siap bole mekap-2 lagi. zaman sekolah, tak dapat. tu la baju putih kain biru cair kene pakai tiap-2 ari dr senin sampai jumaat. perghh, bosan keyh. nak mekap pn tak bole. cume bole tepek bedak je kat muka. aiseymen ! tak gempak laa. HAHA.
zaman sekolah kita dibimbing oleh cikgu-2 yg baik hati, garang, yg kerek pun ade. hey, jd cikgu mane bole kerek-2 kena la ramah ngn budak-2. baru dipuji dan dihormati. teacher, please take note key ! HEHE. zaman universiti ni kene la pandai-2 idup sendiri. cara belajar opkoz la laen kan. complicated cket. sape yg tak pandai bwk diri, bimbang akan hancur. siyes ! tak tipu.
haa.. ni yg plg best mase zaman universiti tp mase zaman sekolah mmg la haram nk buat bnda ni. korg tau kan? iaitu bole bawak fon masok dlm kelas. yey! itu sgt menggembirakan hatiku. beronok-ronok ambe. HAHA. lecturer, tutor sporting-2 belake. kalau zaman sekolah, sori to say. HARAM di bawa ke sekolah keyh. tp ade je bwk senyap-2. pandai-2 la cover kan. tp yg peliknye pengawas pun dua kali lima je. tak bole pakai. pengawas kat sekolah saya je ni. pengawas kat sekolah anda dulu baik-2 kan. HUHU. zaman universiti ni macam-2 bole bawak. tak kesah asalkan jgn la bwk brg boleh mengancam nyawa org lain kan. kenot like dat meyh. ^^
bila da masok zaman universiti ni kan, yg plg dirindui ialah zaman persekolahan dulu-2. siyes weyh ! ase mcm nak patah balek je. nak sekolah balek mcm dulu. tp tu la, mmg angan-2 je la nk kembali ke zaman dulu. impossible kan. dua-2 zaman ni banyak mengajar sy erti persahabatan. dpt kenal pelbagai watak-2 org lagi-2 bile dh masok universiti ni. ada yang ok, ad jgk yg sebaliknye. pandai-2 kite la memilih mane yg elok buat kita. kdg-2 ada terbit rase takot. takot kite terlalai ngn bende-2 yg slh. kita mmg da jaga sume tp ade jgk yg terlalai cket. ni pengalaman sendiri. ^^ sume cabaran idp !
oke la, takat ni dulu ye. jumpe di next entri. kalau nak la. law tak nak, takpe. tak pakse. HAHA.
kat bawah ni ade video yg sy buat sndri. ala, cikai-2 je videonye. kenangan mase sekolah menengah dulu ngn kawan-2 saya yg super ohsem ! HEHE ^^
HAPPY WATCHING !
p/s : saya sayang awak sume la. saya tak pernah lupe korang sume. tapi korang je macam lupe kat kite. sedey taw. :'(
hye ! hari ni nak buat tuto pasal pola kain susun tepi. tak susah, senang je awok awok sume. ini siyes. HEHE. so, kite mulakan tuto kite skunk ea. ready? let's begin.. ^^
hye ! ni tuto utk pola baju kurung moden lak. agk rumit jgk nk trgkn. tp korg phm2kn la ye. lau tak paham jgk, ckp ngn sy ok. nt sy try trgkn betul2 =) so, lets begin now. yeah !