5/9/2015
Alhamdulillah, aku memang dah selamat tiba kat Shah Alam dah. Dari 4hb lagi aku dah ada kat rumah abang. nak buat cemana. abah ada hal penting. terpaksa hantar awal kat rumah abang. kalau tak memang abah dan mak yang hantar aku masa nak daftar kolej nanti. takpe la. asalkan ada abang yang tolong hantarkan nanti.sepatutnya hari ni aku pegi jenjalan dgn family abang aku tapi anak sedara aku tetiba pulak demam panas. pada mulanya akak ajak pergi KUD (Karnival Usahawan Desa) kat Putrajaya dan nak jenjalan la kan sekitar Subang tapi anak sedara tu macam tak larat sangat je. melepek letih je. mana taknya, siap diarrhea lagi. hmm. kesian dia. so, tengahari tu kami pergi la ke DEMC (Darul Ehsan Medical Centre) nak pergi check up anak sedara tu kan. perghhh, dia punya suhu badan mencecah 39'C. panas giler tu woiii. boleh kena sawan tau kalau budak kecik. Ya Allah, risaunyaaku. aku pun tunggu la dia kt DEMC tu haa. lama la jugak sebab ramai orang. hmm, mereput duduk situ. haha. nasib baik ramai baby comel kat situ. aku pun dok perati je baby baby kat situ. nak memain kang pelik pulak orang tengok. anak orang :'D
dah siap check tu, kami balik rumah. tapi yang pelik kenapa doktor tak admit kan dia ke wad. hmm, doktor ni biar betul. budak tu dah diarrhea banyak kali kot. patutnya, masuk la air kat zon kuning tu dulu ke kan. haihh, aku yang nurse ni pun tahu. geleng kepala aku ni haa. ada jugak doktor yang macam tu. hmm. dia cuma bagi ubat antibiotik, ubat demam. tu jela rasanya.
last last akak aku call doktor pakar kat situ mintak pendapat. hmm. memang kena habis laa doktor tu. kerja macam bukan professional. pastu doktor pakar tu suruh datang malam pulak sebab dia on call malam tu. jadinya, kami pun hanya berehat kat rumah jela petang tu. tak kemana pun.
dalam pukul 8 malam camtu, kami keluar pergi makan kat area Puchong. ehem ehem. Puchong? hee. :D aku makan kat medan selera yang kat uptown Puchong tu. aku tak ingat la Puchong mana. Puchong ni banyak sangat Puchong :'D tapi malam tu aku makan pun tak seberapa sangat sebab anak sedara tu sakit perut sangat sampai muntah. aku pun makan dengan gelabahnya. yela, teruk sangat la tu kalau sampai macam tu. hmm, last last aku bungkus je lagi separuh yang aku tak habis tu.
lepas makan tu kami direct terus pergi Shah Alam. jenjalan jap kat Shah Alam tu sebelum pergi DEMC. akak aku kesian kat aku sebab tak bawak aku berjalan. Allahu. takpe la kalau tak berjalan pun. okay je sebenarnya. :)
dalam pukul 11 mcm tu akak pun register kat DEMC tu nak jumpa doktor pakar tu. lama jugak aku tunggu. nombor dah naik, akak, abang, dgn anak sedara tu masuk dalam bilik doktor. lama jugak la diorang kat dalam tu. hmm, rupanya kena masuk air kat yellow zon kecemasan. maknanya teruk sangat la tu. sayu hati aku. aku tengok kejap je sebab tak sampai hati. pastu abang hantar aku balik rumah sebab takkan la aku nak menginap kat situ pulak kan. sebab lepas masuk air tu, kena admit wad terus. tu yang abang hantar aku balik dan aku tidur sengsorang. nasib aku berani la jugak. ada orang teman dari jauh ecececeyyyy. haha.
aku kena la tido malam tu sebab esoknya aku kena daftar kolej. kena bangun pepagi. hmm.
6/9/2015
pukul 6.30 pagi aku tersedar. bingkas aku bangun sebab aku rasa macam dah terlewat. haha. yela, daftar kolej start pukul 8 pagi. haha. tapi nasib baik abang aku sampai rumah dan dan aku siap bersiap. phewwww nasib baik. :D
aku pun angkat la barang barang aku semua tu haa masuk dalam kereta. berlambak. macam nak pindah rumah. makanya aku pun gerak la ke Puncak Alam. Alhamdulillah, smooth je perjalanan. tapi aku rasa awkward sebab first time abang aku tolong hantar aku ni haa. malu la jugak. tapi takpela. okay je.
sesampai je kat Puncak Alam, aku call si Tirah tanya dia dah sampai ke belum. ohh dia dah sampai dah. lepak kat surau. kesian diorang tak dapat kolej. yang nak jadi rumet aku tu pulak hmm datang lambat. takpe aku dah biasa. haha. sabar jela aku. sambil tunggu tu, aku pun sarapan dengan abang aku kat cafe. awkward nya. haha. dalam pukul 9 lebih tu dia sampai. kami pun terus daftar kolej. alhamdulillah, masih ada kolej, dapat bilik sama dan dapat kolej yang dekat dgn tangga. :D kau bayangkan mana la aku tak cuak bila JPK kata kolej tak cukup even untuk budak yang dah lulus kolej. yang lulus kolej 500, kolej kosong cuma ada 400. hmm berderau darah aku. terus palpitation. kahkah. macam orang baru lepas marathon :P Alhamdulillah la Allah permudahkan segalanya.
aku pun punggah la barang dari kereta untuk bawak naik bilik. nasib baik ade troli. kalau tak, boleh patah riuk badan angkat barang banyak gitu. hahaha. Alhamdulillah proses angkat barang pun smooth je. sampai bilik aku kemas kemas baju la terus kan. kemas bilik semua. semasa aku kemas kemas tu kawan kawan ajak pi makan. okay aku pun turun sama. tapi aku tak makan pun. beli air je. tak lalu makan die punya penat tu kan. haha. pastu naik bilik, sambung kemas. :D
yeay! kawan aku dua orang tumpang bilik aku. rasa seronok pulak. sebab ramai. boleh la sembang sembang kan. takdela sunyi bebeno bilik. diorang tumpang sampai kolej kosong tengah bulan 10 ni nanti. tapi aku tak kesah pun diorang nak tumpang lama mana pun sebab aku rasa seronok :D
maka bermulalah life aku sebagai student nursing semester 7. super senior kot. tapi aku rasa macam aku masih baru je lagi kat sini. ececeyh, nak kata masih muda la tu. ingat, dah 22 dah. boleh kawin dah. opsss. hehe. malam ni kena tidur awal. esok kelas pagi. hmm. before tidur, ada orang teman cakap. yeay! baru lena tidur. hihi.
7/9/2015
first kelas subjek ICU. actually subjek ni under Pn. Rashidah. tapi Pn. Rashidah on leave sebab tangan dia sakit. so, Pn. Sha yang ganti untuk sementara waktu. aku okay je kalau Pn. Sha ajar. dengar dengar Pn. Rashidah tu garang sikit. takutt ittewwwwww cemana ni nanti. huuuu.
kelas pukul 10.30 pagi. pukul 11 lebih dah balik. yeay! balik awal sebab puan just explain pasal course outline je. alhamdulillah. lepas kelas tu kami sekelas pun cari classrep semua macam biasa la kan. pheww nasib baik nama aku tak naik. haha. kawan aku yang kena. sabar ye Laily. jadi classrep subjek ICU. insyaAllah u can do it. hee.
petang tu aku rasa aku tak buat apa apa pun. rehat je kat bilik. malam tu pun aku rasa, aku tak berapa ingat aku buat apa. haha. macam dah tua bebeno rasa. yela, kena fikir tu, kena fikir ni. fyp lagi. tapi aku rasa malam tu aku dgn group fyp aku mencari tajuk yang sesuai untuk fyp (final year project) kitorang. kau ingat senang? susah beb. fikir tajuk pun sampai pening, nak buat apetah lagi. haha. Allahu. InsyaAllah semoga semua dipermudahkan. Amin.
malam tu aku kena tidur awal sebab esoknya kelas 8.30 pagi. macam biasa la kan. ada orang teman kita sampai tido. yeay! hihi.
8/9/2015
kelas pukul 8.30pagi beb. kelas Leadership under Dr. Rasidah. Dr ni sangat okay. tapi tula kelas dia paling lama. 4 jam straight. amekau! entah boleh hadam ke tak ilmu tu. haha. mudah mudahan semua masuk dalam otak terus tak keluar keluar. haha.
pepagi tu dah kena buat group untuk pilih tajuk event kitorang nanti. setengah jam jugak Dr. bagi masa. pilih tajuk sekejap je. yang lama, bersembang. haha. alaa takpe asalkan dah ada tajuk okay la kan. dalam pukul 10.15pg Dr. pun masuk balik kelas. then, kitorang start la cakap tajuk tajuk kitorang. last last pilih tajuk organ donation. okay la tu tajuknya. nak bagi kesedaran sikit kat orang ramai kan. hehe.
after bincang tajuk tu, dia terangkan pasal course outline semua la kan. then, proceed terus belajar. hmm. belajar pasal theory management. pheww. sampai mengantuk aku. tu pun tahan je mata. sikit sikit minum air sebab nak bagi hilang mengantuk. hmm. ingatkan habis 12.30. rupanya extend sampai 1.30ptg. kitorang pun dah macam ape je dlm kelas. dengan laparnya, dengan mengantuknya. kahkah. teruskan jela. tahan je.
habis kelas je terus pi lunch kat cafe PSB. tapi malangnya lauk aku amek tu hmm tidak seindah rupa ye. nasib baik tak sakit perut aku makan. alhamdulillah. ingatkan petang tu nak jumpa supervisor untuk fyp aku ni haa. tapi supervisor ada hal suruh datang esok pulak. eh rabu? Allahu. kenapa Rabu? mana ada kelas beb. hmm tapi takpela. demi fyp aku sanggupkan turun jugak esok. haha. makanya kami pun naik terus bilik. yeay! boleh rehat. hihi.
malam tu aku tak ingat aku buat apa ye. haha. banyak sangat nak kena fikir sejak akhir akhir ni. haha. mungkin cari bahan lagi untuk fyp :D lepas tu tido. ehem ehem. ada orang teman lagi. hihi :)
9/9/2015
yeay! Rabu. takde kelas sepatutnya. tapi tula petang nanti ada appointment dgn supervisor. semua orang lain bersenang lenang, golek golek atas katil. kami kena turun petang tu. huwaaaa T_T takpe takpe weRedha. haha.
kemain pergi jumpa supervisor je pun siap berbaju korporat lagi. sebab takut kena marah dengan lecturer nursing. haha. pakai jela kan. okay la tu. :D
sebelum turun tu lunch kejap kat cafe. lapar kot. pagi tu makan ape je. haha. berkeroncong lagu ape pun tak tahu lah. haha. sabar perut. akan aku isi dgn makanan yang enak enak. haha. enak sangat ye :P pukul 2.15 siap makan terus bergegas turun. mana taknya pukul 2.30 appointment. haha.
lagi seminit pukul 2.30 kami sampai bilik Pn. Norimah. nasib baik sempat. phewww. letih letih. haha. then, kitorang pun terus berbincang. alhamdulillah tajuk kami approved. senyum lebar kami. :D
petang tu aku, tirah, mokcikk pergi pasar malam. turun bawah balik sebab nak naik bas percuma nak ke pasar malam tu. hehe. aku pergi bukan nak beli apa sangat pun. nak pergi Speedmart je nak beli makanan keperluan seharian. maggi, oat, milo. tu je. haha. kat pasar malam aku cuma beli kuew tiaw goreng je. hebat bukan sebab aku tak belanja banyak. haha.
malam tu pulak kami mencari sikit artikel untuk tajuk fyp kami. pening jugak nak mencari. nampak dah tu peningnya cemana tu nanti. kahkahkah.
setelah penat mencari artikel, tidur tidur tidur. yeay! :D tak sabar sebab ada orang teman. hihi.
10/9/2015
khamis! ade kelas pukul 8.30pg. kelas ICU. pagi tu aku rajin la makan oat kan. sbb jeles ade orang tu makan oat jugak kan. hehe. kelas start on time. proses pengajaran pun berjalan seperti biasa. kelas 3 jam straight. hmm, macam biasa la. agak mengantuk. dengar, dengar puan tu cakap. tulis pun, tulis jugak. tapi tetap mengantuk. banyaknya setan bergayut kat mata. haha. tapi ada jugak aku terlelap sekejap. kahkahkah. entah berapa saat je. :P
pukul 11 lebih habis kelas. yeay! hari ni kami pergi SCM (Setia City Mall). saja nak jenjalan sebab dah lama tak jenjalan sesama. ngee :D tapi sebelum pergi scm tu singgah giant jap kat klang sentral teman Laily beli barang. sesudah tu, kami gerak pergi SCM pulak. setibanya kat scm, kitorang terus pergi makan Subway. sedapnya. lama tak makan. hehe. aku amek BMT. sedap sedap. tapi chicken terriyaki pun sedap jgk. heee.
habis makan, kitorang pi solat jap pastu Laily, Tirah, Mokcik gi tengok wayang citer Maze Runner 2. aku, Shud, Wanie g jenjalan je. haha.
yang peliknya kali ni aku tak membeli sangat. haha. tapi kan ada satu kedai tu memang buat aku terpukau la. nama kedai tu Kaison. ya Allah, barang die cecomel. kena dengan cita rasa aku. hmm. bebear comel. bebear besar pun ada. rasa tak nak keluar je dari kedai tu. haha. tapi kena jugak keluar. tapi kat situ aku cuma beli buku kecik je harga RM1.50. okay la tu daripada takde. haha.
then, proceed pegi watson. yeay! tempat favourite aku. haha. tapi aku tak beli banyak pun kat watson. heyy entah kenapa aku ni hmm. selalu banyak je aku beli. haha. mungkin dah ada kesedaran dan ada orang pesan suruh jimat. dia kata beli yg keperluan je. yang kehendak tak payah. okay okay. haha.
tapi.... tapi..... tapi... aku dah terbeli beg kat Bonita. kahkahkah. insecure betul aku tengok beg tu. comel sangat. hihi. so, aku pun beli tanpa toleh kiri dan kanan. haha. tapi tirah marah aku beli barang barang camni sebab aku ada banyak dah. haha. tapi takpe la. sebab aku suka beg tu. ngeee ^^
sambung jalan lagi ye. tapi aku dah letih. aku ikut je diorang jalan. last last aku duduk kat kerusi depan kedai roti Lavender. sambil sambil duduk tu aku terserempak dengan Piqa Azman. waaa, eksaitednya aku. hihi. dah lama kot tak jumpa. sempat lagi amek gambar. hee. see you next time Piqa! :D
lepas tu ke padang SCM la kita. lepak situ kejap, amek angin. duduk duduk tak lama tu maghrib. kami naik solat dulu. pastu terus turun tunggu bas. nak tau bas sampai pukul berapa? pukul 9.15malam ye anak anak. Allahu, berjanggut tunggu. naik petak punggung sebab duduk lama. haha. sampai sampai je bas semua kerumun nak naik bas. woii adab la sikit. ni main tolak tolak pulak. blerghhh -_- semua orang masuk kot. sabar sabar. haihh kat dalam bas pulak kena berdiri. hmm dah biasa dah ye. dengan bisingnya lagi. aduhai rasa macam nak sound je depa ni -_- si Tirah ni pulak dah sakit sakit kepala. nak muntah. aku dok tanya tanya dia okay ke tak. finally sampai jugak kolej. Alhamdulillah.
setibanya kat bilik, letak barang, aku terus gi mandi. tak tahan. berlengas badan. haha. lepas siap mandi, terus solat dan makan. kalau kita tak makan, nanti ada orang marah. ehem ehem. hee.
sembang sembang kejap. tirah dgn mokcik naik bilik diorang. kami semua dah letih. dah prepare nak tidur dah. akhirnya, lampu tertutup jugak. maka aku pun kena tidur sambil bertemankan seseorang yang jauh di mata tapi dekat di hati. ecececeyhhh. hihi.
TAMAT
phewww, dari petang aku menaip entri ni. malam baru siap. amekau seminggu punya cerita aku compile dalam satu entri. antara larat tak larat jela nak baca. haha.
harap tabah dan sabar. :P
jumpa di next entri okay. lebiu uollsss ♥
semakin hari semakin sayang. semakin hari semakin rindu. moga Allah jaga hati kita.





No comments:
Post a Comment