Saturday, 27 September 2014

Dnars Skincare Review

♥Assalamualaikum♥


Hai uollsssss. haaa, tetibe rajin pulak kita nak update hari ini walaupun tak berapa nak sihat sangat plus penat giler-2 sebab ada Kemahiran Insaniah tadi. dari pagi sampai petang. letihhhh baq hang! :(



alahai, sejak akhir-2 ni kan kita suka sangat nak cari produk untuk memutihkan kulit dan buat kulit kita glowing-2 comel-2. kita dah cuba K-Colly Sweet17. okay la. not bad tapi effect dia kurang kat kita. lagipun tengah hold dulu sebab tengah on ubat. hehe. nanti dah sihat, sambung makan balik. yang buat kita tertarik and love it so much sebab rasa dia memang sedap. rasa stroberi uollls. sedap, manis. hee ^_^ rasa nak makan banyak-2 je tapi tak boleh. kang overdose pulak. haha.



lagi satu, kita tengah cuba pakai Sensual Serum Plus. serum ni ada banyak jenis. tapi kita amik serum yang boleh putihkan kulit and lembutkan kulit je. hihi. serum ni dalam botol kecik je tapi boleh tahan dalam masa 5-7 hari if pakai 2 kali sehari. best! sebab memang kulit jadi lembut dan lembab je lepas apply serum ni tau. tak tipu. dah nak masuk 3 botol kita pakai. so, maknanya dah 3 minggu kita amalkan pemakaian serum ni. mudah-mudahan effectnya menjadi. amin.



tapi kita belum berpuas hati lagi dengan kulit kita. kita nak try pakai Dnars Skincare pulak. bakal mak mertua kita dah pakai. dia kata okay pakai Dnars ni. dia pun sarankan kita guna produk ni. so, apa tunggu lagi. cuti midsem ni kita nekad nak pegi beli. tak kisah la mahal. nak lawa punya pasal kan. hihi ^_^


********************************************************

DNARS SET ASAS NORMAL/JERAGAT




Item : 
1. Sabun susu beras
2. Sabun Kolagen
3. Magic Day Cream (krim siang/sunblock)
4. Magic Beauty Cream (krim mlm)

Set ini dirumus khusus untuk anda yang berkulit biasa atau menghadapi masalah jeragat.
Set ini akan membantu anda untuk menghilangkan jeragat, pigmentasi, parut pada wajah, kulit kusam, kulit wajah yang tidak sekata, mengusir sel kulit mati pada wajah, menghalus dan mengecilkan liang pori, menegang dan mencerahkan kulit wajah , dan lain-lain masalah wajah yang lazim dihadapi kaum wanita.
Untuk membantu anda mendapat kesan yang lebih baik dan cepat supaya kulit anda lebih gebu dan halus, anda digalakkan mengambil set penuh yang mengandungi set asas seperti di atas dan dicampur dengan Toner Collagen@Toner Treatment, Ku Neng Collagen@Krim Ku Neng dan Magic Gold Foundation.

Cara penggunaan SET ASAS NORMAL/JERAGAT
1. Siang hari;
A)Cuci muka anda menggunakan Sabun Normal
B) Sapukan Toner Collagen@Toner Treatment dengan menggunakan kapas (sekiranya anda membeli set penuh)
C) Sapukan Day Cream (Sunblock)
D)Untuk lapisan kedua,sapukan Silky Gold Foundation (sekiranya anda membeli set penuh)


2. Malam (Minggu pertama-sebelum tidur)
A) Cuci muka anda menggunakan Sabun Normal
B) Sapukan Toner Collagen@Toner Treatment dengan menggunakan kapas (sekiranya anda membeli set penuh)
C) Sapukan Beauty Cream(Night) keseluruh wajah secara nipis
D) Sapukan Ku Neng Collagen@Krim Ku Neng (sekiranya anda membeli set penuh)
3). Malam (Minggu kedua dan seterusnya-sebelum tidur)
A) Cuci muka anda menggunakan Sabun Normal
B) Sapukan Toner Collagen@Toner Treatment dengan menggunakan kapas (sekiranya anda membeli set penuh)
C) Sapukan Beauty Cream (Night) dan Ku Neng Collagen@Krim Ku Neng secara berselang seli (sekiranya anda membeli set penuh).

PERHATIAN: Untuk mencuci muka, gunakan sabun Normal hingga habis terlebih dahulu. Kemudian baru gunakan Sabun Collagen untuk tujuan mencuci muka

DNARS SET ASAS JERAWAT/BERMINYAK




Item : 
1. Sabun susu beras (2 unit)
2. Magic Day Cream (krim siang/sunblock)
3. Magic Beauty Cream (krim mlm)

Set ini dirumus khusus untuk anda yang menghadapi masalah wajah berjerawat dan kulit yang berminyak.
Set ini akan membantu anda untuk mengatasi masalah kulit berjerawat, menghilangkan parut jerawat. Juga membantu anda mengatasi masalah kulit yang berminyak serta masalah resdung. Selain daripada membantu anda untuk masalah-masalah tersebut, set ini juga akan membantu anda untuk menegang, menghalus dan mencerahkan kulit wajah.  
Untuk membantu anda mendapat kesan yang lebih baik dan cepat supaya kulit anda lebih gebu dan halus, anda digalakkan mengambil set penuh yang mengandungi set asas seperti di atas dan dicampur dengan Toner Treatment, Ku Neng Collagen dan Silky Gold Foundation.

Cara Penggunaan SET ASAS JERAWAT / BERMINYAK
1.Siang hari;
A) Cuci muka menggunakan sabun Jerawat/Berminyak
B) Sapukan Toner Treatment dengan menggunakan kapas (sekiranya anda membeli set penuh
C) Sapukan Magic Day Cream
D) Sapukan Silky Gold Foundation (sekiranya anda membeli set penuh)

2. Malam ( Minggu pertama-sebelum tidur)
A) Cuci muka menggunakan Sabun Jerawat/Berminyak
B) Sapukan Toner Treatment dengan menggunakan kapas (sekiranya anda membeli set penuh)
C) Sapukan Beauty Cream (Night) dan Ku Neng Collagen (sekiranya anda membeli set penuh)

3. Malam (Minggu kedua dan seterusnya-sebelum tidur)
A) Cuci muka menggunakan Sabun Jerawat/Berminyak
B) Sapukan Toner Treatment dengan menggunakan kapas secara berselang seli (hari)-(sekiranya anda membeli set penuh)
C) Sapukan Beauty Cream (Night) dan Ku Neng Collagen (sekiranya anda membeli set penuh)

PERHATIAN: Sabun , Toner dan Cream dalam set Jerawat/Berminyak tidak sama seperti di dalam set asas Normal/Jeragat. Jangan ambil mudah dengan menganggap ianya sama dan menggunakannya sesuka hati. Anda dinasihat mengenal pasti jenis sabun, toner dan cream sebelum menggunakan atau membuat pembelian

DNARS MAGIC DAY CREAM (SUNBLOCK)




DNARS MAGIC DAY CREAM (SUNBLOCK) SPF 15 -6g

-Campuran serbuk mutiara asli di dalamnya dapat membantu menghilangkan jeragat, bintik-bintik hitam & parut secara efektif.
-Memutihkan/mencerahkan kulit wajah dan membantu menghilangkan kedutan di wajah.
-Dapat digunakan sebagai foundation sebelum penggunaan make-up pada wajah untuk mencegah kembalinya jeragat dan bintik hitam.


DNARS MAGIC BEAUTY CREAM (NIGHT CREAM)



DNARS MAGIC BEAUTY CREAM (NIGHT CREAM)  

-Membuang sel kulit mati.
-Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan merawat kulit bermasalah.
-Memperbaharui sel kulit mati.
-Menghapuskan jeragat, jerawat, parut & pigmentasi.
-Mengecilkan pori-pori.
-Melembapkan dan menggebukan kulit.
-Menjadikan wajah lebih mulus dan tona kulit lebih sekata.


DNARS YELLOW CREAM (KRIM KU-NENG)



YELLOW CREAM (KRIM KU-NENG) 6g

-Untuk kulit normal/jeragat sahaja. (Jika bermasalah jerawat, tunggu sehingga masalah jerawat selesai baru boleh menggunakan krim ku-neng)

Diformulasikan dari pati-pati herba yang terpilih termasuk 3 jenis kunyit. Pengguna akan dapat merasai perubahan pada kulit wajah setelah menggunakannya secara teratur.

- Menghilangkan jeragat/ parut pada wajah.
-Membersihkan kulit wajah, wajah akan jadi lebih cerah, gebu dan segar.
-Yang utama adalah kerana ianya dapat mengembalikan aura/seri wajah secara semulajadi.
-Menghilangkan garis-garis halus @ kedutan pada wajah.

Penggunaan: Dipakai secara berselang seli bersama night cream. Pakai secara nipis sebelum tidur.


DNARS MAGIC GOLD FOUNDATION



MAGIC GOLD FOUNDATION (SPF 40) 

Alami perubahan wajah dengan foundation ajaib yang merawat cela wajah dalam masa 5 minit. Bedak asas SPF 40 & minyak biji anggur yang bertindak sebagai anti-oksidan yang melindungi sel kulit selama 12 jam dari sinaran UV yang boleh merosakkan kulit.

-Mencerahkan, menganjalkan & menegangkan kulit wajah.
-Menutup kecelaan pada wajah.
-Mengandungi vitamin E yang bertindak menghilangkan parut pada wajah.
-Sesuai untuk kulit jeragat/kulit kusam/ sensitif/normal.
-Tidak berminyak, tidak cepat berpeluh & ianya kalis air, boleh bertahan selama 12 jam.
-Dikeluarkan dalam 1 warna sahaja tetapi sesuai untuk semua jenis kulit kerana ianya bertindak secara ajaib mengeluarkan warna mengikut jenis darah/ tona kulit.

DNARS TONER COLAGEN



Untuk kulit normal, kulit jeragat sederhana/sedikit, kulit kering

- mengecilkan liang pori.
-menyegarkan kulit.
- mengelakan kekeringan kulit

DNARS SABUN MUKA KOLAGEN



SABUN MUKA KOLAGEN

- Membantu menegangkan kulit wajah.
- Menjadikan kulit lebih anjal.
- Mengurangkan garis halus & kedutan pada wajah.


DNARS SABUN MUKA BERAS



SABUN MUKA BERAS

Membersih & melembutkan kulit wajah, menyingkirkan minyak yang berlebihan pada wajah serta merawat masalah jerawat, jeragat, kulit kering, kulit tidak sekata, kulit kusam. Wajah akan menjadi lebih bersih, halus, licin dan tegang selepas dicuci.

*******************************************************

haaa.. tu dia serba sikit info produk Dnars Skincare ni. so, kita harap usaha kita kali ni berjaya. hmm, tapi apa kata kita review produk skincare lain pulak. orang kata produk Amyera Beauty pun okay. takpe-2, kita review dulu satu-2 ye. banding beza harga dan kualiti. yeah!


nanti bila kita dah cuba one of these skincare, kita bagi testimoni peribadi kat sini ea. insyaAllah. semua ni kita niatkan kepada Allah :)


*tengok jam* alamak, dah pukul 11.30 la. kena tidur sebab esok my parents nak datang melawat kita kat sini. hantar ubat, makanan, baju uniform, rinduuuuuu. eh? hihi.

sekian saja coretan dan review saya hari ni. bye-2. muahh ciked ♥


credit to : Dnars Skincare Stokis & Dnars HQ


Lots of Love, Cik Nanad ♥

Friday, 26 September 2014

Sembang Sore :)

♥Assalamualaikum♥


Selamat sore semua. lama sangat tak ke mari. maklum la busy. ececeyy orang yang keje pun boleh update, kau yg study je lelebih nk busy. haha. ekceli iolllssss tak teringat pun nak update sebenarnya. haha. banyak benda nak kena uruskan. itu la ini la. tak sempat tak sempat! :(


now, Nad berada di UiTM Puncak Alam. bulan 9 kan. semua student degree masuk belajar balik. so, iollssss dah jadi super senior sekarang sebab dah ada dua batch junior. Nad dah semester 5 dah.  berbaki 3 semester je. cepat je masa berlalu. tak sabar nak grade. yeayyyy! hehe.


ni sementara ada internet free kat kolej, iollsss curi-curi la masa sikit nak update blog ni kan. kesian beloggg itteewwww ni kan. lama beno tak bertlisu apa-2. :P takde idea sebenarnya tapi lantak la nak update jugak. boleh? haha.


Nad sebenarnya tak sabar nak tunggu cuti midsem ni. sebabnya iollssss dah homesick gilerrrrr. rindu family, rindu kesayangan. eh? hihi :P Nad start cuti 3hb 10 ni. pepagi 3hb tu dah gerak balik Segamat. yeayyyy! hehe. *oooo..balik kampung...ooooo...balik kampung* cuti midsem ni seminggu je. sampai 12hb. mana cukup seminggu. tak berasa cuti tu. haihhh. nak buat cemana dah kalender akademik buat camtu. ye idokkk? kita terima je la. lagipun semester ni subjek agak heavy. so, tak boleh la nak rest panjang bebeno. assignment berlambak. banyak presentation. semput jemahh dengar nokkssss! haha. apa-2 pun iollss cuba hadapi semua tu dengan tenang. peace! hehe.


hari ni JUMAAT. memang jadual free hari Jumaat. so, imma happy girl. boleh golek-2 atas katil lelama. *banyak la cekadak kau Nad oi. assignment banyak weyh!* haha. takde la takde la. hari Jumaat ni hari rest kan minda setelah 4 hari penat berkelas kan. so, isi la aktiviti apa-2 yang patut. pergi gym ke, pergi joging ke. eh? gym? kenapa tak percaya? haha. yela, iollsss pun nak sadoo jugak. macam lady gagah tu. haha. no no no. definitely no! Nad cuma nak fit kan badan je. banyak sangat dah menternak lemak ni. haihh. segan nak tengok badan sendiri. orang tengok apatah lagi. ngumpat agaknya. haha. eh? :P


*krukk...krukk..krukk* alamak, perut berbunyi la. makanan dah beli tapi belum makan lagi. tak berselera sangat sebab hidung tak berfungsi dengan sempurna. so, jadinya iollsssss nak pergi ngaaappp dulu sambil tengok movie. hooyeahhh! jom-3. lapaqqqqq ni.


kita jumpa lagi nanti ye jemahh-2 sekalian. muahh ciked! *fefeeling Armel* hikhik.


SEKIAN. TERIMA KASIH sudi baca sampai habis ^_^




Lots of Love, Cik Nanad ♥