1. Tetapkan jumlah tetamu yang bakal hadir supaya anda
dapat rancang bajet perkahwinan dengan baik. Bila anda sudah tetapkan bilangan
tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan
sebagainya.
2. Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih
baik. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang
membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali silaturahmi bersama jiran anda.
Tetapi, sekarang ini sudah banyak pameran perkahwinan dan katering yang
menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan, rajin-rajinlah buat survey beberapa
bulan atau tahun sebelum melangsungkan majlis anda.
3. Elakkan membuat majlis ketika cuti sekolah. Memang
seronok kerana pada cuti sekolah, ramai saudara-mara yang akan hadir. Tetapi
tahukah anda barang ketika ini agak mahal. Atau jika anda telah memilih tarikh
pada cuti sekolah, seeloknya buat persiapan dan beli barang-barang perkahwinan
lebih awal. Persedian 1-2 tahun sebelum kahwin juga adalah normal.
4. Hantaran dan hiasan pelamin dari bunga segar lebih
indah dan kosnya juga tinggi. Tapi tak salah jika anda gunakan bunga tiruan
tetapi gubahnya secara kreatif. Lagipun dengan bunga tiruan, anda dapat terus
gunakannya sebagai hiasan untuk kediaman anda.
5. Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan
kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat
akan diberikan.
6. Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat
menyewa pakaian lebih murah. Sekarang ini ada juga perkhidmatan dimana anda
boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Maknanya
selepas pakai, anda kena pulangkan pada butik perkahwinan dan harganya jauh
lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.
7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi.
Ada juga antara anda yang tak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan.
Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah. Kebiasaanya
hantaran adalah 5 berbalas 7. Pilih barangan yang akan digunakan, bukan sekadar
cantik sahaja.
8. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada
satu hari. Untuk menjimakan kos, akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala
persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengahari. Jika anda tetap mahu
melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah
tetamu untuk majlis akad nikah ( saudara mara dan rakan terdekat sahaja ).
9. Jangan tempah kad perkahwinan yang terlalu mahal
kerana ingin kad yang cantik saja. Percayalah, tak ramai yang mahu simpan kad
kahwin anda buat kenangan melainkan ia betul-betul unik. Untuk menjimatkan kos,
anda boleh menggabungkan majlis persandingan pihak lelaki dan perempuan dalam
satu kad sahaja. Selain itu, sekarang pun sudah popular dimana bakal pengantin
menjemput tetamu melalui Facebook sahaja.
10. Untuk hiburan halwa telinga pula, daripada mengupah
pemuzik, band atau kugiran, sekarang ini sudah banyak perkhidmatan DJ yang
boleh memainkan CD lagu yang menarik serta acara karaoke. Lebih meriah dan
murah
11. Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan
adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan
anda tak menggunakan semua wang simpanan anda dan seterusnya BERHUTANG.
Sentiasa elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan KAD
KREDIT.
12. Jika anda mahu jimat lagi, anda boleh menggubah
sendiri hantaran perkahwinan atau upah saja saudara mara dan kawan-kawan.
Pastinya kos lebih rendah daripada membeli sendiri hantaran di kedai. Hantaran
yang dijual di kedai biasanya berharga RM80 ke atas untuk satu bekas hantaran
sahaja. Jika anda ada 7 hantaran, sudah berapa pula?
13. Jangan lupa survey mengenai khidmat katering,
pelamin, pakaian perkahwinan ataupun cenderamata yang murah dari kawan-kawan
atau saudara mara. Selalunya mereka mempunyai cadangan yang bernas dan tahu
mana perkhidmatan yang murah dan bagus.
14. Akhbar dan majalah selalunya mempunyai peraduan
yang menghadiahkan pakej berbulan madu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk
menyertainya. Manalah tahu, rezeki anda kan? Honeymoon free lagi!
15. Yang terakhir, checklist atau senarai semak adalah
amat penting sekali. Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau
tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak ini anda juga boleh
mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan dan anda boleh memantau bajet
perkahwinan anda jika ‘terlebih’ atau ‘terkurang’.
Semoga ini membantu, untuk perhatian bakal pengantin.
Credit: Facebook Pakar Diari Hati
InsyaAllah. dah start merancang. semoga Allah permudahkan segala jalan. hee.




No comments:
Post a Comment