Monday, 5 December 2016

20 Ogos 2016; Pertunangan

Assalamualaikum


Hai!👋 lama Nad tak update kat sini kan.😡 maaflah. banyak benda betul kena settlekan dalam tahun ni. hehehe. sekarang Nad dah habis belajar dah. alhamdulillah. dan alhamdulillah jugak dah kerja. tapi kerja klinik biasa je kat kampung Nad. hehe. boleh la kan daripada takde.

 
okay!


bulan 8 haritu Alhamdulillah Nad dah selamat jadi tunangan orang.💍💐 macam tak sangka je. hihi. kira macam tak berapa nak rancang sangat. 2 bulan sebelum tarikh tunang. hahaha. macam tak sangka sangka je ye. alhamdulillah semua dipermudahkan. dipermudahkan sangat. Nad buat majlis kecik kecik je. jemput sedara dengan orang kampung je. pelamin pun takde. tapi iolss tetap cantik okay. hiks.😝


mula mula macam ye tak ye je ni nak tunang. hahaha. macam mimpi je rasa. eh, aku nak jadi tunang orang dah. takde la gelabah sangat. beberapa jam sebelum sarung cincin tu hmm perasaan dia lain macam. hihi. dup dap jugak la. nasib baik la iolss dah kenal lama dengan ibu tunang kita tu. hehe. so, takde la janggal sangat rasa.


maaflah kengkawan.🙏 Nad tak jemput sebab buat kecik je. nanti majlis InsyaAllah dijemput ye. hehe. doakan yang baik baik untuk kami. minta dipermudahkan segalanya. amin.


Nad nak cerita pasal bajet tapi tak ingat dah sebab tak sempat nak list kan. tapi alhamdulillah takdela sampai over. makan semua cukup. orang orang pun happy. hehehe. seribu lebih jugak kot habis. family fully support Nad sebab Nad baru je habis belajar. alhamdulillah dipermudahkan.


lagipun kitorang dah kenal lama. dari zaman sekolah menengah lagi.🙈 hehehe. mencabar sangat tau. alhamdulillah masih survive sampai ke saat ini. itulah kan doa seorang ibu untuk anaknya. 😊 di atas doa mereka tu kami boleh sampai ke tahap ini. hehe.


Nad takde apa sangat pun nak share. nanti ada masa lapang Nad share resepi pulak ke kan. hihihi. tukar selera pulak.😁


ni ada la sikit gambar masa Nad tunang hari tu. gambar official takde lagi. semua daripada fon je. hehehe


sedara belah encik tunang

mak abah ibu ayah 😍

Alisa Yasmin. dia sorang je kawan aku yang datang. 😃

siapa ni? 😛

dengan akak ipar kiterrrr

dengan sepupu yang paling rapat 😊


dah tengok kan gambar Nad. so, camne? simple je kan. okay la tu. tak membazir. hehehe.


kepada kawan kawan Nad yang akan mendirikan rumah tangga nanti, tahniah ye. 💕💐💍 semoga berkekalan hingga ke jannah. doakan kami pulak tau. semoga korang dapat baby comel cecepat. hihi 🙊


okaylah. nanti Nad update lagi.


terima kasih sudi membaca 😚


planning for better future. InsyaAllah 💑



Lots of Love, Cik Nanad ♥

No comments: