Semester 7 Almost Done
♥Assalamualaikum♥
hai hai ! :D alhamdulillah. segala exam dan OSCE dah berjaya kutempuhi. tinggal praktikal sebulan je ni haa. lepas tu precept pulak. adududu. kad punch card pun dah dapat dah siang tadi. eksaited sangat la CI ni bagi dulu mende alah tu. buat gementar kita kita je. haihhh rasa belum bersedia ni haa. em em.
tak tahu la kenapa OSCE kali ni aku rasa tenang sangat. tapi aku tak tau tenang ke apa masalahnya. aku bukan jenis study pastu duk ngapal segala mende tu. pesyen aku, aku dengar, bayangkan, dan try ingat sendiri. ikut la pesyen cemana aku nak buat nanti. hahaha. idok lerr nampak beriya benorr. aku boleh ingat sebab rumet aku duk ulang ulang kat kat aku. aku jenis suka dengar. baguihh la tu kan. aku bagi chance dia praktis dalam masa yang sama pun aku duk ingat apa yang dia kata kat aku. serap sikit sikit dalam otak. huhuhu. terima kasih rumet sebab rajin nak praktis dgn aku bab pelajaran ni. sem ni aku rasa sangat berilmu pengetahuan sikit sebab influence dia ni em em kau kalau kau tengok dia study mesti tak senang duduk punya. jenis dia ni senang ingat pelajaran. bagus la. apa apa yang aku tak faham, aku rujuk dia. dalam masa yang sama aku pun exchange la apa apa yang aku tahu. hehehe.
haaa cerita pasal OSCE semalam ni haa. alhamdulillah kat stesen pen & paper aku dapat full marks. aku tak sangka pun sebenarnya. sebab soalan dia giler kentang aa susahnya. susah jugak nak faham kalau kau baca sekali. kau kena baca berkali kali, siap conteng conteng baru kau boleh start jawab. itu pun aku last minit jawab sebab idea baru sampai time tu. gelabah weyh. kang tak memasal hilang 20 markah aku. pheww. itulah kata Allah bantu saat saat akhir. syukur alhamdulillah aku jawab juga even time tu aku tak yakin pun dengan jawapan aku. entah merepek apa entah aku. main jawab ikut dan je. hahaha. formula tu aku formulate sendiri, kahkahkah. tak tak ini bohong. aku ikut logik la. dan ada je formula dia sendiri tapi kau kena pandai guna dan yang penting kau kena tahu function setiap formula tu. ahh aku bantai je tadi. peduli apa. asal aku jawab dan nampak penuh. hahaha. masa time feedback from examiner tetiba aku terkejut nama aku disebut sebab aku score stesen tu. terbeliak mata aku. aku siap cakap dengan kawan aku, 'bukan aku la tu". last last nama aku disebut. perghhh. gelak aje aku sebab tak sangka. terima kasih Allah bagi aku peluang merasa semua ni. sem 7 ni baru dapat merasa. alhamdulillah :)
sem 8 nanti OSCE ada 10 stesen pulak. matilanak! examiner dia semua sister dan matron. ini gilerr weyh. kau kena betul betul perform. tak boleh main main. serius. tapi actually OSCE ni okay je if kita selalu buat procedure tu ikut apa yang kita belajar tanpa shortcut. tapi itulah. takut masa precept nanti ajarannya pelbagai. em em back to apa yang kita belajar la. buat betul betul. jangan ikut benda yang salah. deborr jugak ni. phewww.
sebelum start praktikal Isnin depan ni, haa ada la sikit masa aku kat sini. ada 5 hari aku free. dan sila ucap tahniah kat Nadzira sebab dia tak balik kampung cuti lama ni. hahaha. memang idok lerr. aku baru je balik Sabtu hari tu. so, kita enjoy dan luangkan masa dengan geng jemah aku ni haa. bukan selalu dapat bersama sama. eh eh rindu pulak dengan geng jemah aku yang lagi 5 ketul tu. hihihi. nanti kita jalan jalan kayuh basikal pepetang ye. pegi pasar malam sesama. ber'runningman' sesama. semua sesama la >_<
18hb start praktikal dah. alhamdulillah aku dapat Hospital Ampang untuk sebulan ni nanti. 2 minggu pertama aku ditempatkan kat wad surgikal. minggu pertama syif pagi, minggu kedua syif petang. haa okay la tu. asalkan aku tak praktikal kat fakulti perubatan tu. ada kena 'bunuh' je dengan complaint yang pelbagai. em em. minggu ketiga dan keempat aku ditempatkan kat wad medikal pulak. syif pagi dedua minggu tu. pheww, nasib dengan group lama jugak. senang la sikit nak bekerja sebab tahu dah perangai memasing kan. dah biasa dengan semuanya. harap semua berjalan dengan lancar. InsyaAllah.
haa, aku ada berita gembira. kawan kelas aku nak nikah dah 6/2 ni nanti. tahniah Nazleen Wani dengan pasangannya. aku memang tak pegi la sebab jauh nun kat ganu tu haa. lagipun aku rancang nak balik kampung time tu sebab cuti raya cina. hehehe. kalau tak jadi, mereput kat palam ni jela. takde masalah. hahaha.
Barakallah wani ♥♥♥
cerita pasal kawin ni kan, bukan senang actually nak plan. dah ada jodoh yang sesuai, cecepat la merancang. benda ni bukan benda mudah tau. pening juga nak fikir dengan ekonomi sekarang ni. em em. takpe. usaha tu penting. niat tu lagi la penting haa. macam mana pun nak buat ikut kemampuan memasing. hm, kalau aku nak buat sesimple je actually. tapi tula kena hormat keputusan family juga kan. takpe, masih ada masa lagi. tunggu aku kerja dulu. aku kumpul duit nak tolong sikit sikit, nak ringankan beban bakal suami. InsyaAllah dipermudahkan. hee.
ada apa apa nanti aku update sini je. rilek rilek dulu. >_<
sebenarnya bila fikir balik. fuyooo tahun ni aku habis belajar dah. bakal bekerja jugak tahun ni insyaAllah. I can't believe it. dah tua sangat dah aku ni rupanya. berakhir juga perjuangan aku selama 5 tahun menuntut ilmu kat universiti ni. hihihi. palam ni membangun depan mata aku je. daripada tak banyak bangunan, sekarang ni tup tup dah banyak gilerr bangunan untuk fakulti fakulti lain. palam dah semakin membesar. sayangnya nak tinggalkan palam ni. em em.
kemain ek Nadzira. pepagi buta ni idea kau nak menaip smooth je kan. hahaha. taip je haa tanpa henti. idea nak taip sentiasa ada je. baguih baguih. hahaha. orang lain duk lena tidur aku duk celik mata lagi menaip entri ni dalam gelap. yela gelap. rumet aku dah tidur dah time ni. hahaha.
9hb hari tu. dia pegi jenjalan Penang. tinggal aku kat palam ni. how dare you, huh! hahaha. memang idok ler aku nak ikut sebab dia pegi dengan kekawan dia. pastu aku ada paper last pulak time tu. takpe takpe. kasi can aa kan. nanti kawin tak dapat dah nak jenjalan dengan kawan. kalau nak pegi jugak, aku wajib ikut. yela, teman suami. hahaha. okay dah Nadzira please stop berangan tu. lambat lagi >_<
aku tahu dah pattern dia cemana. kalau dengan kekawan memang idok lerr dia nak tengok fon. haa nasib aku faham. nasib aku pernah ada pengalaman macam tu. idok ler aku meroyan. hahaha. haihh dah 23 pun nak meroyan ke. apa barang weyh. matang sikit please Nadzira. hihihi. kali ni aku behave. takde sikit pun kacau dia. walaupun kau ada rasa sebenarnya nak mesej tanya itu ini. tapi malas la. dia tahu apa yang dia patut buat. aku percaya je. hehehe. actually trust tu penting. kau kena percaya dia even kau pun sebenarnya ada terfikir jugak memacam. hahaha. camni la. kau tahu dia sayang kau, dia cuma ada kau je dalam hati dia. cukup la tu. kalau dia sayang kau, mesti dia jaga semuanya. :) so no such thing kau nak meroyan pepelik. alaa kalau setakat cakap rindu tu bukan meroyan. hahaha. lagipun memasing ada life sendiri. kena faham. faham segalanya kalau boleh. elakkan misunderstanding. haa cenggituuu tipss hakak! hahaha
tapi tula aku dengan dia ni, rasa bertolak ansur sangat. kadang kadang ada rasa nak marah. tapi tak boleh nak marah. kau akan rasa sejuk sendiri. pelik juga aku. eh eh kenapa ni. >_< nak merajuk pun boleh tak jadi merajuk. sebab kau rendahkan ego kau kot Nadzira. bagus la. hehehe.
terima kasih la awak sebab buat saya ni macam sado sikit hatinya. tak mudah nangis dah aku ni. hehehe. perangai cengeng aku hilang dah. good job Nadzira !
dia tu pun sumber semangat aku dalam study ni. jadi rajin aku nak buat kerja, nak study apa semua. happy je aku. hihihi. ada apa apa aku bantai je cerita kat dia even benda tu benda simple je aku tetap akan bagitahu. tu yang aku happy je sebab aku tak simpan apa apa. yeahh ! >_<
dah dah. cukup panjang dah rasanya. penat pulak baca ni nanti. hahaha. maaf la ye. sesekali update, gini la panjangnya. pepagi buta ni idea memang banyak je nak menaipnya. pheww dah nak pukul 4 pagi dah pun dan seketul Nadzira still mengadap lappy. hahaha. takpela esok bukan ada buat apa pun. duduk bilik je menghabiskan masa tengok cerita apa apa yang ada dalam lappy ni. kita kasi habis. hahaha.
okay, last ni last. aku taip sampai kat sini dulu. terima kasih sebab baca habis cerita aku yang tak berapa nak best ni. hahaha.
syukran jazilan !♥♥♥
awak jaga saya baik baik, saya jaga awak baik baik. moga dipermudahkan urusan kita ke peringkat seterusnya. Amin :)
Lots of Love, Cik Nanad ♥
No comments:
Post a Comment