Wednesday, 4 July 2012

Vitamin untuk Cinta yang Sihat

Assalamualaikum ^_^

ari ni just nk hapdet pasal cinta je. tips ni di petik dari majalah Dara.com. rase mcm berinformasi jew tips ni. so, nk share2 la ngn kowg mne yg tgh hangat bercinta tu kan. =) Lets go to the points, come on!



VITAMIN PERCAYA
Percaya itu perlu. Tidak perlu ada syak wasangka, tidak perlu ada curiga dan percaya akan membina cinta. Bagaimana cinta akan terbentuk sihat jika sering ingin disahkan kesahihan cerita? Cinta itu sendiri bukankah lahir berteraskan kepercayaan bahawa si pasangan menyintai dirimu? Percayalah!


VITAMIN HORMAT
Hormatilah semua aspek pasangan anda. Hormat itu mendengar jika diperlukan telinga, menolong jika pasangan memerlukan bantuan, menerima pasangan seadanya dan jangan sesekali menghina kelemahannya. Sekiranya hormat tidak wujud, cinta yang bermula suci gebu akan musnah akhirnya.


VITAMIN ADIL
Vitamin cinta keadilan jangan sesekali diabaikan. Bukan bercakap tentang persamaan hak antara lelaki dan perempuan tetapi tentang apa yang patut diletakkan di tempat yang sesuai. Tidak adil jika asyik disogok dengan kata tohmahan sedangkan hati si pasangan setia dengan anda sahaja ! Tidak adil jika anda tidak dibenarkan bersosial dengan rakan-rakan dan masa hanya untuk dia seorang.


VITAMIN BERDIKARI
Dalam soal cinta tidak ada istilah berdikari kerana cinta memerlukan dua jiwa untuk terbentuk. Cinta yang sihat memerlukan vitamin sokongan yang begitu padu dari si pasangan. Sokongan si jantung hati bernilai tinggi dan ianya perlu untuk memberi perangsang, meredakan perasaan dan menjadikan kita insan yang lebih baik dari hari ini pada esok harinya.


VITAMIN IKHLAS
Keikhlasan dan kejujuran perlu dalam sebuah hubungan. Perbuatan yang diselindung tentu sekali bukan yang digemari pasangan. Ketidakjujuran membuat si pasangan berahsia di dalam hati. Rahsia yang banyak umpama kanser yang bersarang di hati dan sukar dirawati.


VITAMIN KOMUNIKASI
Akhir sekali, vitamin cinta yang penting ialah komunikasi yang baik. Komunikasi bukan sekadar bercakap tetapi bahasa tubuh juga memainkan peranan yang penting lebih-lebih lagi reaksi muka anda. Cinta tanpa komunikasi ibarat sebuah cinta yang beku tanpa luahan rasa. Amalkan komunikasi dua hala antara pasangan anda.


ok, itu sahaja setakat ni. akan ada lagi tips2 yg berguna InsyaAllah. semoga kita bertemu di next entry ye.

notakaki : i love you so much b. miss you. raya nanti baru dpt jmpe. sedih ! :'(

Much Love,
Cik Nanad 

No comments: