Friday, 6 July 2012

Adab pada Bulan Ramadhan

Assalamualaikum. kaifa haalukum semua. ^_^

ari ni nak tulis pasal adab2 dlm bln puasa. kat bwh ni ada sebuah hadis Rasulullah SAW yg bermaksud :

" Tidak ada seorang hamba pun yang berpuasa sekalipun satu hari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dirinya dari seksa api neraka sebanyak tujuh puluh kharif (sejauh perjalanan yang menghabiskan masa tujuh puluh tahun)" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
bkn mdh utk menempuh sbln ni kerana terlalu byk dugaan yg prlu diharungi dgn hati yg sbr. kekalkn adab2 pd bulan Ramadhan agr phla yg diperoleh tdk berkurangan.


MENGAWAL HATI
Hilangkan sifat marah dan hasad dengki yang boleh mengundang padah. Berpuasa itu sendiri mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan menghadapi pelbagai dugaan. Bersangka baik dan jujur dalam setiap amalan yang dilakukan. Hati anda akan lebih bersih dari noda yang tidak diingini.


KURANGKAN TIDUR
Semua orang penat ketika berpuasa kerana kurang tenaga dalam badan. Namun, anda tidak boleh jadikannya sebagai alasan untuk berbuka mahu pun tidur sepanjang hari. Lebih baik, anda penuhi waktu senggang dengan beramal ibadah seperti tadarus Al-Quran atau menunaikan solat sunat. Bukan sahaja pahala malah puasa anda lebih berkat. InsyaAllah.


MENJAGA PANCAINDERA
Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk mengumpul pahala kerana keistimewaan bulan ini tidak dapat diperoleh pada bulan lain. Oleh itu, jaga semua pancaindera dan anggota badan dari mendekati atau melakukan kemaksiatan. Ingat Allah setiap masa kerana Dia akan membantu anda ketika memerlukan.


BANGUN SAHUR
Bagi mengelakkan kemudaratan pada siang hari, maka anda disarankan untuk bangun sahur. jika mals sekalipun, anda perlu bangun sebelum waktu subuh untuk menjamu selera walaupun sedikit untuk mendapatkan nikmat sahur dan puasa yang sebenar. Ia membezakan puasa orang Islam dan agama lain.


MENJAGA PERTUTURAN
Untuk kali ini, 'kunci' mulut anda dari berkata perkara yang tidak mendatangkan kebaikan. Elakkan umpatan dan berdusta kerana pada bulan mulia ini, penuhi diri anda dengan perkara yang elok adalah lebih baik.


sumber : majalah Dara.com edisi 121 Julai 2012


notakaki : moga2 puasa kita diberkati Allah SWT =)


Much Love,
Cik Nanad 

No comments: