♥Assalamualaikum♥
hai korang ! pheww. lamanya tak menaip kat sini. kahkah. maaf ye. sibuk praktikal, sibuk nak final exam lagi ni haa. doakan aku. sem 7 bakal berakhir. sem 8 bakal menjelma. Allahu takut juga. macam macam dah fikir ni haa. macam mana aku precep nanti. boleh ke aku lalui? aku ni dah la dalam mulut serupa ada emas. hahaha. susah nak bercakap. em em. kena ubah ni. boleh jadikan azam tahun baru. hee.
alhamdulillah. dah masuk 2016. tahun baru. tetiba rasa tua. kahkah. umur pun da semakin meningkat. bukan muda lagi cik kak oii. hahaha. actually banyak dah yang dirancang alhamdulillah. tapi belum tahu bila boleh start serius dengan perancangan tu. alaa apa salah rancang awal awal kan?
mesti tak tau kan apa dia? hahaha. kejap aaa. nak bgtau la ni nanti. hihihi.
sebelum tu, tahun 2016 ni aku bakal menamatkan pengajian degree aku haa. 4 tahun dah. alhamdulillah masih selamat dan berada di landasan yang benar. kihkihkih. next plan, ofcoz cari kerja. yeay! start cari swasta dulu. nak cari pengalaman. dalam masa yang sama, aku akan mohon juga untuk government. mak abah nak aku kerja dengan government. senang katanya nanti. takpe takpe. aku usaha kan sehabis baik. insyaAllah. dah ada pilihan dah aku nak kerja kat mana. first, IJN sebab basic dia agak besar juga la. em em. boleh la aku kumpul banyak sikit untuk majlis aku. eh eh? hahaha. second, DEMC sebab aku rasa tempat tu macam kondusif je. lagipun dekat shah alam. akak ipar aku pun selalu pegi DEMC tu haa kalau sakit ke apa. dekat dgn rumah akak juga. mungkin sewa rumah pun takde la mahal sangat macam kat KL. pilihan terakhir em em kat mana mana jela. aku cuma fokus yang dua tu je dulu. dalam masa yang sama aku tunggu panggilan SPA. yeahhh ! moga dipermudahkan. hee.
haa lupa pulak. hahaha. lepas aku habis belajar ada orang tu suruh aku ambil lesen dulu. senang katanya nanti nak pergi kerja. risau juga kalau aku ulang alik naik public transport. baiklah, akan aku usahakan juga perihal ni. hee. lesen ni satu kepentingan juga actually. aku je yang rasa benda tu tak penting. tak excited nak ambil lesen entah kenapa entah. belum masanya lagi kot. hahaha.
yeah. ini part yang ditunggu tunggu. hahaha. tak sabar la tu. rilek rilek. nak cerita la ni.
masa depan aku dengan orang tersayang telah pun dirancang awal. yela kan. nak bajet itu ini. sekarang barang-2 pun bukannya murah. em em. nak jimat semua kena DIY sendiri. tu antara sempat tak sempat la kan. aku pun insyaAllah kerja nanti. tak tau nak cekau mana masa. tapi insyaAllah boleh je. pasti dipermudahkan niat yang baik ni kan. yang penting aku dah start bincang itu ini. survey itu ini. dan alhamdulillah sambutan daripada keluarga aku sangat menggembirakan. aku tak sangka aku boleh dah berbincang hal ni dengan family. dulu ketaq lutut weyhhh. hahahaha. dari semasa ke semasa kami akan update benda ni. kerja nanti aku wajib start kumpul duit juga. tak boleh nak senang senang sangat. nak senang lepas nikah nanti. eh eh? hahaha.
kereta? macam tak berapa perlu sangat kot masa mula mula kerja. takpe la. pinjam kereta abah je dulu. haa jimat kat situ. nanti da stabil apa semua, boleh la beli kereta idaman aku. yeahhh! HONDA JAZZ pilihan di hati. hihihi. takpe takpe kumpul duit dulu.
setakat ni tu jela dulu. aku nak study. esok ada paper leadership. kang menganga takleh jawab. hahaha. wish me luck. paper first di hari sabtu. em em. insyaAllah aku boleh jawab *positif* hee.
mood rindu. awak jaga diri baik baik okay. have fun 9/1 nanti. bawak balik ole ole please. hahaha.
done. thank you!
Lots of Love, Cik Nanad ♥