Thursday, 5 July 2012

Tips Puasa Cara Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum ^_^

tak lama lagi, bulan Ramadan bakal menjelang. tinggal lagi 2 minggu lebih je kan? cepat masa berlalu ye. tak sabar menanti bulan Ramadhan kali ni. insyaAllah dipenuhi barakah. so, kat bawah ni ada tips puasa mengikut cara Rasulullah dan boleh dijadikan panduan untuk kita sana2 amlkn. =)


 Menunaikan Perkara Wajib yang Lain 
Ramai orang  berpuasa, tetapi sembahyang tidak dijaga, tidur selepas sahur, bangun pada jam lapan pagi kemudian solat suduh pada jam lapan pagi. Ada juga yang tidur, dari awal pagi dan bangun pada lewat petang dan meninggalkan solat zukur dan asar. Jadi, Nabi berpuasa dengan menjaga perkara wajib yang lain. Wajib itu banyak kategorinya iaitu :
  • Perkara wajib dalam diri : sembahyang, menuntut ilmu, zakat.
  • Perkara wajib dalam keluarga : Nafkah, menjaga keluarga, mendidik keluarga.
  • Perkara wajib pada masyarakat : Menjaga keamanan masyarakat.

 Menjaga Diri Dari yang Haram 
Nabi berpuasa dengan menjaga perkara yang diharamkan seperti berdusta, mengumpat, sumpah palsu, memandang dengan syahwat. Jika seorang isteri menjadi isteri yang derhaka, jika seorang anak menjadi anak yang derhaka, jika suami menjadi suami yang tidak menunaikan tanggungjawab. Kepentingan menjaga perkara haram ini hingga Nabi pernah berkata bahawa, ramai orang yang berpuasa tidak ada apa bagi puasanya melainkan lapar dan dahaga sahaja.


 Memperbanyakkan Amalan yang Sunat 
Banyak perkara yang sunat yang disuruh kita lakukan seperti bersahur, memperbanyakkan solat sunat, memperbanyakkan membaca Quran, menghadiri majlis ilmu, bersegera berbuka ketika telah masuk waktu, solat tarawikh, solat malam dan lain-lain lagi.


 Menghindarkan yang Makruh 
Perkara makruh seperti bercakap yang sia-sia, mendengar perkara yang sia-sia, memberus gigi setelah waktu zuhur dan sebagainya.


 Memikirkan Kebesaran Allah 
Nabi berpuasa dengan banyak mengingati Allah. Baginda akan selalu bertafakur, membaca Quran, melihat kebesaran Allah, berzikir dan sebagainya. Dengan banyak mengingati Allah, maka hati ini akan terus dibimbing oleh Allah SWT.


sumber dipetik daripada majalah Dara.com. =)

notakaki : jgn lupe niat puasa ye kawan2 ^_^

Much Love
Cik Nanad ♥